KUANTAN: Jumlah mangsa banjir di negeri ini meningkat kepada 346 mangsa daripada 106 keluarga di empat buah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka sejak 7 Disember lalu, setakat jam 8 pagi, hari ini.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang, Kolonel Pertahanan Awam (PA) Che Adam A Rahman berkata, peningkatan itu berikutan penambahan mangsa yang mendaftar di PPS Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Semantan, Mentakab di Temerloh dan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Buntar, Triang di Bera.
"Sebanyak 85 mangsa daripada 26 keluarga di Mentakab terpaksa dipindahkan ke PPS berikutan kawasan kediaman mereka turut dinaiki air menjadikan jumlah keseluruhan mangsa kini seramai 250 mangsa daripada 76 keluarga.
"Jumlah mangsa di Bera juga meningkat kepada 17 mangsa daripada empat keluarga akibat limpahan air Sungai Triang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, di Lipis, mangsa banjir yang ditempatkan di dua PPS iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Lubuk Kulit dan Masjid Kampung Belitik masih kekal seramai 79 mangsa daripada 26 keluarga.
Azee Shafy
Sat Dec 10 2022

Peningkatan itu berikutan penambahan mangsa yang mendaftar di PPS Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Semantan, Mentakab. - Foto fail/BERNAMA

Martial, Fred pacu Manchester United ke final Piala Liga
Babak pertama menyaksikan Weghorst hampir menambah koleksi jaringan sebelum tandukan daripada hantaran silang mengenai palang gol.

Pemandu lori maut nahas tiga kenderaan
Lelaki berusia 29 tahun itu disahkan maut di lokasi manakala pemandu sebuah lagi lori dan treler, terselamat.

Azizulhasni tekad bawa pulang emas Olimpik
Azizulhasni turut mencabar mana-mana atlet negara untuk bersama-samanya memikul amanah besar itu sebagai sandaran memenangi emas pertama.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [02 Februari 2023] AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [02 Februari 2023]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007622/24992725421675298539382_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [02 Februari 2023]
Ketahui berita yang anda perlu tahu hari ini bersama Afiezy Azaman & Gee Gee Ahmad dalam #AWANIpagi Antara fokus AWANI Pagi hari ini merangkumi: - Kerajaan sasar Wilayah Persekutuan jadi bandar pintar menjelang 2030. - Pemilik kedai makan jamin tidak pilih kasih hidang Menu Rahmah. - Kolaborasi Astro, MFL jadi penyiar rasmi Liga Malaysia. #AWANInews

Thaipusam: Beberapa jalan di sekitar P.Pinang ditutup untuk perarakan pedati mulai Sabtu
Beberapa jalan di sekitar bandar raya George Town akan ditutup mulai pukul 6.30 pagi Sabtu ini, hingga pukul 7 petang pada 6 Feb.

PayPal berhentikan 2,000 kakitangan berikutan kelembapan makroekonomi
Syarikat perkhidmatan kewangan PayPal dilaporkan akan mengurangkan 2,000 kakitangan di seluruh dunia selepas berdepan dengan kelembapan makroekonomi sekaligus memberi kesan kepada perniagaan firma itu

15 motosikal hangus
Sebanyak 15 buah motosikal musnah dalam kebakaran yang berlaku di kawasan parkir Flat Tuna, Jalan Seberang Jaya pada Khamis.

Serangan Nekad | Suspek kes letupan bom di masjid Pakistan ditahan
Beberapa suspek ditahan polis, dipercayai ada kaitan dengan kes pengebom bunuh diri yang mengorbankan lebih 100 orang di sebuah masjid dekat Pakistan. Polis kini sedang menyiasat kemungkinan pengebom itu mempunyai bantuan orang dalam bagi mengelak pemeriksaan keselamatan.

Ekonomi AS | The Fed naikkan kadar faedah kecil, kenaikan berterusan
Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (FED) melanjutkan perjuangannya menentang inflasi dengan menaikkan kadar faedah utamanya sebanyak suku mata, kenaikan kelapan sejak Mac 2022. FED turut memberi isyarat walapun inflasi semakin berkurangan, ia masih cukup tinggi untuk memerlukan kenaikan kadar faedah selanjutnya.

COVID-19 | Draf global tekankan ekuiti, elak kegagalan COVID berulang
Menurut draf awal perjanjian pandemik global yang disemak Reuters, ia termasuk langkah untuk menempah 20 peratus daripada ujian saringan, vaksin atau rawatan yang dibangunkan agar ia digunakan di negara-negara berpendapatan rendah.

Mangsa banjir di Sabah dan Johor meningkat, Pahang kekal
Di Johor, Batu Pahat masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 879 orang, diikuti Mersing (823), Kota Tinggi (344) dan Segamat (92).

Banjir Sabah kembali memburuk, jumlah mangsa meningkat kepada 1,532
Daerah terlibat iaitu Paitan dengan seramai 111 orang mangsa; Pitas 1,152; Lahad Datu 43; dan Telupid 226.

12 ekor kucing 'harta' pertama diselamatkan ketika banjir
Dalam kejadian banjir itu, kediaman Faridah dan suaminya Ahad Musa, 52, antara yang teruk terjejas apabila air naik hingga ke paras pinggang.

Banjir: Penilaian kerosakan rumah dilakukan secara teliti - Ahmad Zahid
Bekerjasama dengan pejabat daerah dalam melaksanakan penelitian terhadap rumah yang rosak akibat dilanda bencana.

Mangsa banjir di Johor meningkat, Sabah menurun, Pahang kekal
Di Johor, satu lagi PPS dibuka di Daerah Mersing, menjadikan keseluruhan 31 PPS beroperasi setakat ini.

Mangsa banjir di Johor dan Sabah menurun, Pahang meningkat
Jumlah mangsa banjir di Johor dan Sabah merekodkan penurunan manakala Pahang meningkat dengan 219 mangsa berada di pusat pemindahan sementara (PPS) malam ini.

Jumlah mangsa banjir di Pahang menurun, 200 berlindung di tiga PPS
anya tinggal 200 mangsa daripada 63 buah keluarga di tiga buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Rompin sehingga jam 12 tengah hari.

Mangsa banjir di Sabah menurun, Johor meningkat, Pahang kekal
JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir di Pitas dan Lahad Datu dijangka kekal, manakala di Paitan mungkin menurun hari ini.

Mangsa banjir di Sabah, Johor menurun, Pahang kekal
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Johor merekodkan penurunan manakala Pahang kekal dengan 314 mangsa malam ini.

Mangsa banjir di Sabah dan Pahang meningkat, Johor semakin baik
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Pahang terus meningkat manakala di Johor mula menunjukkan trend penurunan setakat jam 8 malam ini.