Jumlah mangsa banjir di Pahang mula menunjukkan sedikit pengurangan kepada 29,270 orang berbanding 38,323 pada pagi tadi.

Menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang setakat jam tiga petang tadi, jumlah itu terdiri daripada 7,207 keluarga yang masih di tempatkan di 92 pusat pemindahan di tujuh daerah.

Daerah Kuantan masih mencatat jumlah pemindahan tertinggi iaitu seramai 21,222 orang yang ditempatkan di 48 pusat pemindahan.

Di Rompin, sejumlah 4,180 orang ditempatkan di 14 pusat pemindahan, di Pekan 3,124 orang di 16 pusat pemindahan dan di Maran 637 orang ditempatkan di enam pusat pemindahan.

Klik pada video untuk berita sepenuhnya.