awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Dua remaja lelaki mati ditembak di Amsterdam
Puspakom selaras Caj Pemprosesan Tempahan Pemeriksaan Kenderaan kepada RM5 bermula Ahad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Jumlah mangsa di Terengganu, Kelantan menurun

Bernama
Bernama
03/03/2022
14:20 MYT
Banjir: Jumlah mangsa di Terengganu, Kelantan menurun
Di Terengganu, hanya tiga daerah masih terjejas banjir dengan 25 PPS beroperasi iaitu 19 di Hulu Terengganu, Dungun (empat) dan Kuala Nerus (dua). - Gambar fail/ Bernama
KUALA LUMPUR: Situasi banjir di Terengganu dan Kelantan semakin baik apabila terdapat penurunan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS), setakat malam ini.
Di TERENGGANU, mangsa banjir terus berkurangan kepada 5,170 orang daripada 1,288 keluarga setakat 8 malam ini, berbanding 10,204 orang daripada 2,596 keluarga pada 2 petang tadi.
Ketika ini, hanya tiga daerah masih terjejas banjir dengan 25 PPS beroperasi iaitu 19 di Hulu Terengganu, Dungun (empat) dan Kuala Nerus (dua).
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan jumlah mangsa tertinggi ialah di Hulu Terengganu iaitu 4,846 orang diikuti Dungun (308) dan Kuala Nerus (16).
Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui laman web publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan tiada lagi sungai yang melepasi paras bahaya setakat ini.
Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir terus menunjukkan trend penurunan apabila 4,809 orang daripada 1,525 keluarga masih ditempatkan di 18 PPS di daerah Pasir Mas dan Tumpat setakat 8 malam ini, berbanding 6,341 orang daripada 2,095 keluarga petang tadi.
Sementara itu, portal rasmi info banjir JPS melaporkan hanya satu sungai utama di Kelantan iaitu Air Bol, di Jeli, berada pada paras waspada dengan merekodkan bacaan 71.3 meter (m).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir terengganu
#banjir kelantan
#PPS
#semakin baik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan