Keadaan banjir di Terengganu malam ini menyaksikan peningkatan jumlah mangsa dipindahkan manakala situasi di Pahang semakin reda dan Johor tidak berubah.
Di KUALA TERENGGANU, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan meningkat kepada 14,643 orang berbanding 12,460 pada sebelah petang tadi.
Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN), ini susulan angka mangsa banjir meningkat di semua daerah hari ini.
Di Dungun, jumlah mangsa meningkat kepada 2,789 orang (701 keluarga) malam ini berbanding 317 orang (77 keluarga) petang tadi manakala di Kemaman meningkat kepada 10,894 (2,487 keluarga) daripada 10,849 orang (2,476 keluarga) sebelah petang.
Di Hulu Terengganu, jumlah mangsa banjir turut meningkat iaitu 790 orang (245 keluarga) berbanding 317 orang (77 keluarga), pada petang tadi manakala di Marang 21 orang (4 keluarga) berbanding 10 orang (3 keluarga) pada sebelah petang.
Dalam masa sama, Setiu pula dilanda gelombang banjir kedua apabila seramai 149 orang (43 keluarga) mangsa dari tiga buah kampung dipindahkan ke pusat pemindahan malam ini.
Serentak itu, tiga buah pusat pemindahan telah dibuka di daerah Setiu iaitu di surau Kampung Bukit Nyior menempatkan 67 orang (16 keluarga), Masjid Kampung Merbau Menyusut 67 orang (23 keluarga) dan Surau Kampung Tok Nandong 15 orang (4 keluarga).
Sehingga pukul 9 malam ini, bilangan keluarga yang berpindah adalah 14,643 dan 73 pusat pemindahan telah dibuka di Terengganu iaitu 17 di Dungun, Hulu Terengganu (20), Kemaman (31), Marang (dua) dan Setiu (tiga).
Pusat-pusat pemindahan tersebut terdiri daripada bangunan sekolah, masjid, surau, rumah saudara mara, balai raya, dewan orang ramai, pusat pertanian dan sebagainya.
Di PAHANG, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 6,048 berbanding 7,582 orang yang direkodkan petang tadi.
Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, sehingga 8 malam ini, masih terdapat 1,473 keluarga yang ditempatkan di 88 pusat pemindahan dari 79 penempatan di lapan daerah yang terjejas banjir.
"Pekan, masih menempatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 3,273 orang di 37 pusat pemindahan," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Di Kuantan, masih terdapat 1,082 orang yang ditempatkan di lapan pusat pemindahan, Maran (727 orang di 14 pusat pemindahan), Temerloh (555 di 14 pusat), Bera (305 di tujuh pusat), Jerantut (57 di lima pusat), Rompin (33 di dua pusat) dan Lipis (16 di satu pusat).
Sementara itu, jalan utama di Km14 Jalan Temerloh-Triang masih ditutup kepada semua kenderaan.
Di JOHOR, jumlah mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan di Segamat kekal seramai 266 orang daripada 63 keluarga dan ditempatkan di enam pusat pemindahan pada malam ini.
Menurut portal bencana MKN pada 9 malam, seramai 28 orang masih berada di Sekolah Kebangsaan Spang Loi, Balai Raya Gemereh IV (66 orang), Balai Raya Pogoh 2 (45 orang), Sekolah Agama Kampung Kuala Paya (26 orang), Balai Raya Kampung Tandong (85) dan Balai Raya Kampung Sanglang (16).
Mangsa terbabit masih tidak dapat pulang ke rumah masing-masing berikutan 'banjir termenung', keadaan di mana air banjir bertakung dan tidak dapat surut dengan cepat.
Bernama
Wed Dec 11 2013
Kru kapal dikaitkan dengan Israel dibebaskan
Iran berkata pembebasan anak kapal adalah tindakan kemanusiaan dan mereka boleh pulang ke negara mereka bersama kapten kapal.
Agensi Risikan Seoul beri amaran Korea Utara rancang serangan ke atas kedutaan
Agensi Risikan Korea Selatan mengeluarkan amaran Pyongyang sedang merancang serangan yang menyasarkan pegawai dan rakyat Seoul di luar negara, dan kementerian luar perlu meningkatkan tahap amaran untuk misi diplomatik di lima negara.
20 terkorban bas terjatuh dalam gaung di utara Pakistan
Bas berkenaan dalam perjalanan ke kawasan pergunungan utara Gilgit-Baltistan dari Rawalpindi di wilayah timur Pakistan.
MKT UMNO beri komitmen sokong kempen calon PH
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bersetuju untuk memberi komitmen penuh untuk membantu calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, pada 11 Mei ini.
Laluan alternatif hubungkan Sibu-Kapit akan dibina
Satu jajaran jalan baharu akan dibina sebagai laluan alternatif yang akan menghubungkan Sibu dengan Kapit melibatkan jarak kira-kira 66 kilometer (km).
UNESCO anugerahkan hadiah kepada wartawan Palestin
Wartawan berkenaan dianugerahkan Hadiah Kebebasan Akhbar Dunia UNESCO/Guillermo Cano 2024 pada Khamis di Chile, lapor agensi berita Jerman (DPA).
Malaysia, Jepun bincang kerjasama perdagangan, pertanian
Malaysia dan Jepun mengadakan perbincangan dua hala yang antara lain menyentuh mengenai perdagangan, pertanian dan peranan Malaysia sebagai hab halal yang boleh dimanfaatkan negara itu.
Mohamad wakili PM ketengah isu kepentingan Islam
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengetuai delegasi Malaysia selaku wakil Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sesi Ke-15 Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Banjul, Gambia dari 4 hingga 5 Mei ini.
Malaysia berpeluang berkembang dengan kemajuan teknologi
Mengambil contoh Malaysia sebagai negara berpendapatan sederhana, beliau berkata keutamaan yang harus dilijat ia seberapa cepat teknologi berkenaan boleh disebarkan ke seluruh ekonomi, dan memanfaatkan sektor seperti penjagaan kesihatan dan pendidikan.
Rakyat perlu kuasai AI untuk tentukan sendiri nilai moral, budaya - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.berkata jika AI tidak dikuasai, nilai dan moral dalam teknologi itu akan ditentukan oleh pihak-pihak yang menguasainya terutama dari barat.
Banjir ragut 76 nyawa di seluruh Kenya
Daerah Nairobi terjejas teruk akibat banjir dengan hampir 17,000 isi rumah dipindahkan.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
Asia rantau paling banyak dilanda bencana di dunia, kata agensi meteorologi PBB
WMO berkata ribut dan banjir mengakibatkan angka korban dan kerugian ekonomi tertinggi, sementara kesan gelombang haba menjadi lebih teruk.
Penduduk Durian Tunggal resah rumah berisiko dinaiki air selepas hujan lebat
"Setiap kali sambutan Aidilfitri saya tidak terfikir untuk menghias rumah seperti orang lain..."
Jawatankuasa Bertindak selesaikan masalah banjir di Hang Tuah Jaya
Jawatankuasa itu akan meneliti semua penyelesaian telah dirangka secara mikro serta makro dan pelaksanaanya akan dilakukan segera.
Banjir Dubai: UAE masih bergelut selepas ribut
Operasi di lapangan terbang dan hab perjalanan utama kekal terganggu selepas ribut melanda Selasa lalu.
Mangsa banjir di tiga negeri menurun - NADMA
Jumlah mangsa banjir menurun kepada 759 mangsa yang ditempatkan di enam pusat permindahan sementara setakat 6 pagi tadi.
Mangsa banjir di tiga negeri meningkat kepada 748 orang - NADMA
Terdapat tiga PPS beroperasi iaitu di daerah Petaling yang menempatkan 356 mangsa, PPS di Klang (204 mangsa) dan Kuala Selangor (54 mangsa).
Semua pihak diminta siap siaga, segera salurkan bantuan mangsa banjir - Ab Rauf
Wakil rakyat dan agensi berkaitan termasuk pihak berkuasa tempatan diarahkan supaya siap siaga dan menyalurkan bantuan awal kepada semua mangsa yang terjejas akibat banjir terutama di Alor Gajah.