awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Jumlah mangsa menurun di Terengganu, Kelantan dan Selangor

Bernama
Bernama
27/11/2023
14:07 MYT
Banjir: Jumlah mangsa menurun di Terengganu, Kelantan dan Selangor
Keadaan banjir di Terengganu, Kelantan dan Selangor beransur pulih apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS catat penurunan pada malam ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Terengganu, Kelantan dan Selangor beransur pulih apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) mencatatkan penurunan pada malam ini.
Di TERENGGANU, situasi banjir hampir pulih sepenuhnya apabila hanya 55 mangsa daripada 13 keluarga yang masih berada di PPS membabitkan tiga daerah setakat 8 malam ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT) memaklumkan di Kuala Terengganu, sebanyak 40 mangsa daripada sembilan keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Atas Tol.
Sementara itu, enam mangsa daripada dua keluarga masih berada di PPS SK Tok Kah di Dungun, manakala sembilan orang daripada dua keluarga masih berlindung di dua PPS yang masih beroperasi di daerah Setiu.
JPBNT turut memaklumkan dua PPS ditutup hari ini selepas kesemua mangsa yang berdaftar dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Di KELANTAN pula, jumlah mangsa banjir menurun dengan 515 orang mangsa daripada 153 keluarga dilaporkan masih berlindung di empat PPS di dua dearah iaitu Pasir Mas dan Bachok, setakat 7.32 malam tadi.
Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 246 mangsa daripada 84 keluarga masih ditempatkan di PPS SK Tok Deh dan 65 mangsa daripada 19 keluarga ditempatkan di SK Kedai Tanjong di Pasir Mas.
Di Bachok pula, 137 mangsa daripada 34 keluarga ditempatkan di SK Jelawat dan 67 mangsa daripada 16 keluarga ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beris Panchor.
Manakala di SELANGOR, jumlah mangsa turut mencatatkan penurunan kepada 34 orang daripada 14 keluarga berbanding 83 orang daripada 29 keluarga yang dilaporkan pada pagi tadi.
Menurut laman sesawang Info Bencana JKM, hanya satu sahaja PPS di daerah Kuala Selangor iaitu SK Sultan Abdul Aziz masih beroperasi, selepas PPS Balai Raya Rantau Panjang ditutup tengah hari tadi.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#mangsa banjir
#PPS
#Kelantan
#terengganu
#Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan