awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Jumlah mangsa menurun sedikit kepada 128,952 setakat 12 tengah hari

Astro Awani
Astro Awani
02/12/2024
04:45 MYT
Banjir: Jumlah mangsa menurun sedikit kepada 128,952 setakat 12 tengah hari
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatat sedikit penurunan kepada 128,952 orang pada 12.00 tengah hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatat sedikit penurunan kepada 128,952 orang pada jam 12.00 tengah hari ini berbanding 138,042 orang pada jam 6.00 pagi tadi.
Menurut Portal Info Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 38,512 keluarga ditempatkan di 577 pusat pemindahan sementara (PPS) di sembilan negeri.
Kelantan negeri paling teruk terjejas dengan 80,694 mangsa daripada 25,165 keluarga yang ditempatkan di 211 PPS.
Terengganu pula merekodkan 36,689 mangsa daripada 10,907 keluarga.
Sebanyak 247 PPS dibuka di daerah Dungun, Besut, Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Setiu, Kemaman dan Marang.
Di Perak sejumlah 540 mangsa banjir daripada 168 keluarga direkodkan dan berada di sembilan PPS yang dibuka.
Sementara itu, Kedah mencatatkan 7,965 mangsa daripada 2,448 keluarga yang ditempatkan di 45 PPS.
Bagi Pahang pula, sebanyak 25 PPS dibuka untuk menempatkan 1,602 mangsa banjir daripada 528 keluarga yang terjejas antaranya di Raub, Jerantut dan Lipis.
Johor mempunyai 846 mangsa banjir daripada 232 keluarga ditempatkan di satu PPS yang dibuka di Segamat.
Manakala Melaka merekodkan 233 mangsa banjir daripada 56 keluarga ditempatkan di empat PPS yang dibuka di Jasin, Melaka Tengah dan Alor Gajah.
Perlis pula mencatatkan seramai 225 mangsa banjir daripada 70 keluarga. Kesemua mereka ditempatkan di satu PPS yang dibuka di Arau.
Negeri terakhir terjejas ialah Negeri Sembilan dengan 158 mangsa daripada 48 keluarga yang ditempatkan di enam PPS di Jempol, Kuala Pilah dan Tampin.
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Banjir 2024
#mangsa banjir
#monsun timur laut
#PPS
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan