awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Keadaan kawasan terjejas terkawal, tiada wabak bahaya dikesan

Bernama
Bernama
15/12/2013
09:51 MYT
Banjir: Keadaan kawasan terjejas terkawal, tiada wabak bahaya dikesan
Keadaan di kawasan yang terjejas akibat banjir di Pantai Timur dan Johor terkawal dan setakat ini tiada wabak berbahaya dikesan di kawasan terbabit.
Bagaimanapun, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata kementeriannya sedang dalam proses menjalankan ujian klinikal melibatkan sumber air termasuk kawasan sungai dan longkang di kawasan terjejas banjir untuk mengesan kemunculan wabak penyakit berjangkit.
"Penyakit berjangkit seperti kencing tikus antara ancaman kepada mangsa banjir. Jadi kita telah arahkan semua hospital dan klinik kesihatan yang berada dalam kawasan banjir bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau turut menasihati mangsa banjir yang menghidapi penyakit biasa sperti batuk, selesema, demam dan jangkitan penyakit kulit supaya segera mendapat rawatan di samping menjaga kebersihan diri serta tempat kediaman.
Katanya sejak banjir melanda awal bulan ini, 360 klinik sementara termasuk klinik bergerak diwujudkan di seluruh pusat pemindahan mangsa banjir di seluruh negara bagi memberi rawatan pantas kepada mereka yang memerlukan.
Topic Berkaitan
#banjir
#Pantai Timur Johor
#wabak dikesan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan