awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Kedah: Daerah terjejas naik kepada tujuh, lebih 3,000 mangsa

Astro Awani
Astro Awani
18/09/2024
14:45 MYT
Banjir Kedah: Daerah terjejas naik kepada tujuh, lebih 3,000 mangsa
Setakat pukul 10.35 malam Rabu, jumlah keseluruhan mangsa banjir di tujuh daerah di Kedah mencecah 3,060 orang membabitkan 861 keluarga. - Gambar fail/Astro AWANI
ALOR SETAR: Bandar Baharu menjadi daerah terbaharu yang terjejas banjir di Kedah, sekali gus menyaksikan peningkatan kepada tujuh daerah yang terkesan akibat bencana itu setakat Rabu malam.
Berdasarkan laman web Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seramai 68 mangsa melibatkan 13 keluarga terjejas di Bandar Baharu dan ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsan (SK) Sungai Kechil Ulu.
Setakat pukul 10.35 malam Rabu, jumlah keseluruhan mangsa banjir di tujuh daerah di Kedah mencecah 3,060 orang membabitkan 861 keluarga.
Kesemua mereka ditempatkan di 27 PPS, dengan Daerah Kota Setar mencatatkan mangsa paling tinggi iaitu seramai 1,153 orang daripada 325 keluarga.
Mangsa-mangsa terbabit berada di lapan PPS dengan PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Alor Setar paling ramai iaitu 428 mangsa daripada 100 keluarga.
Daerah Pokok Sena pula menyaksikan sedikit peningkatan kepada 762 mangsa melibatkan 207 keluarga dan ditempatkan di tiga PPS.
Ia diikuti oleh Daerah Kubang Pasu (460 mangsa); Pendang (434 mangsa); Kulim (108 mangsa); dan Kuala Muda (62 mangsa).
Topic Berkaitan
#banjir kedah
#jumlah mangsa banjir
#PPS di Kedah
#daerah terjejas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan