awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Kedah: Dua PPS dibuka di Sungai Petani

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
29/10/2023
22:00 MYT
Banjir Kedah: Dua PPS dibuka di Sungai Petani
Anggota APM membantu memindahkan mangsa banjir untuk ditempatkan di PPS. - Astro AWANI
SUNGAI PETANI: Dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka malam tadi untuk memindahkan mangsa banjir di beberapa kawasan yang terjejas berikutan paras air semakin meningkat.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Azahar Ahmad berkata, PPS Dewan UMNO Kampung Bukit Belah dibuka pada jam 9 malam manakala PPS Dewan Pusat Jagaan Ciying Taman Seruling dibuka jam 10 malam.
Beliau berkata, 10 keluarga dipindahkan ke PPS Dewan UMNO Kampung Bukit Belah namun jumlah sebenar mangsa yang dipindahkan ke dua PPS itu masih dalam bancian.
"Setakat jam 10 malam ini air semakin naik di Kampung Haji Wahab, Taman Sari dan Kampung Belakang Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) (C) Min Terk dan operasi pemindahan mangsa sedang dilakukan menggunakan bot APM dan bantuan daripada bot Cdert- P Madad.
“Antara kawasan yang terjejas adalah di Kampung Baru 5, Mukim Gurun manakala Mukim Sungai Petani membabitkan 11 kawasan termasuk kampung dan taman perumahan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Anggota APM membantu memindahkan mangsa banjir untuk ditempatkan di PPS. - Astro AWANI
Anggota APM membantu memindahkan mangsa banjir untuk ditempatkan di PPS. - Astro AWANI
Antara kawasan terbabit adalah Taman Bersatu, Taman Widuri, Taman Teratai, Taman Kenari Baru 2, Taman Songket, Taman Berlian, Kampung Bukit Belah, Kampung Batu 2, Kampung Haji Wahab 1, Taman Ambangan Height dan Taman Sari.
Kampung Baru Bakar Arang di Sungai Pasir, turut terjejas dinaiki air.
Topic Berkaitan
#banjir
#mangsa
#PPS
#APM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan