awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Kelantan: Kanak-kanak ditemukan lemas selepas terjatuh tangga

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
19/12/2022
09:47 MYT
Banjir Kelantan: Kanak-kanak ditemukan lemas selepas terjatuh tangga
Mangsa dipercayai terjatuh semasa berada di tangga rumah. - Foto PDRM
RANTAU PANJANG: Seorang kanak kanak lelaki berusia setahun tiga bulan ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ketika berada di kawasan tangga rumahnya di kampung Gual Tok Deh di sini tengah hari tadi.
Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 12.40 tengah hari tadi.
Mangsa dikenali sebagai Muhamad Putra Zafran Muhamed Iswandi.
"Kawasan rumah mangsa turut dinaiki air dan mangsa dipercayai terjatuh semasa berada di tangga rumah," katanya pada sidang media hari ini.
Tambah Muhamad Zaki, kes berkenaan merupakan korban pertama banjir di negeri itu pada kali ini.
Ikuti semua perkembangan mengenai banjir DI SINI!
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Shafawi Stapa memaklumkan, pihaknya menerima laporan kecemasan berhubung kejadian tersebut sekitar jam 1 tengah hari tadi.
"Anggota telah dikejarkan ke tempat kejadian, namun kanak-kanak berkenaan telah dibawa naik oleh ahli keluarganya," katanya.
Topic Berkaitan
#kanak-kanak lemas
#Rantau Panjang
#Ketua Polis Kelantan
#banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan