awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Kelantan: Murid sekolah terkandas, jalan ditenggelami air

Sinar Harian
Sinar Harian
21/11/2023
11:05 MYT
Banjir Kelantan: Murid sekolah terkandas, jalan ditenggelami air
Anggota bomba membantu murid dan ibu bapa menyeberangi sungai itu menggunakan sebuah bot. - Gambar/ JBPM
KUALA KRAI: Seramai 20 murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Chenulang dan Sungai Embak bersama enam ibu bapa yang dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing terkandas apabila laluan ke Kampung Pasir Jering, di sini dinaiki air setinggi 0.7 meter pada Selasa.
Kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi akibat limpahan Sungai Chenulang susulan hujan lebat sejak Isnin malam.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Durian, Pegawai Bomba Kanan II Juniman Junoh berkata, pihaknya menerima panggilan daripada ibu bapa murid yang meminta bantuan kerana tidak dapat melalui jalan yang ditenggelami air sepanjang kira-kira 500 meter.
Katanya, bomba kemudian melancarkan operasi membantu mereka menyeberangi sungai itu menggunakan sebuah bot.
“Saya dimaklumkan sebelum itu, pihak ibu bapa menggunakan jalan tersebut lebih awal sebelum dinaiki air untuk mengambil anak masing-masing di sekolah.
“Semasa pulang mereka tidak dapat melalui jalan itu dan pihak bomba membantu membawa mereka menyeberangi sungai,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini pada Selasa.
Menurut beliau, seramai lapan anggota terlibat membantu mangsa bermula jam 12 tengah hari dan selesai sepenuhnya pada 3.50 petang.
Ujarnya, keadaan air sungai tersebut juga berarus deras, namun kesemua mereka dapat dipindahkan dengan selamat.
“Masing-masing terpaksa meninggalkan kenderaan dan dibawa menaiki bot bomba menyeberangi sungai sejauh dua kilometer untuk pulang ke rumah,” kata beliau. - Sinar Harian
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#banjir kelantan
#Kuala Krai
#murid sekolah terkandas
#jalan dinaiki air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan