awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: Pendidikan instrumen penyetara kemajuan inklusif - PM
MAS bakal umum pengganti Anderson pada bulan Mac - Andy
Penggunaan, penjimatan Pas My50 boleh diketahui menerusi penjejak - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Kelantan: Penduduk mula pulang bersihkan rumah

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
04/03/2022
09:53 MYT
Banjir Kelantan: Penduduk mula pulang bersihkan rumah
Anggota JBPM Kelantan yang terbabit dalam operasi pascabanjir turut menyampaikan bantuan barangan keperluan. - Gambar/ Astro AWANI
PASIR MAS: Sebahagian mangsa banjir di daerah ini mula pulang ke rumah masing-masing bagi meninjau kerosakan dan memulakan kerja pembersihan, hari ini.
Walaupun sebahagian kampung di Rantau Panjang masih lagi digenangi air, mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) mengambil kesempatan keadaan cuaca yang semakin baik untuk pulang.
Mereka dibantu beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan agensi kerajaan yang datang dari pelbagai lokasi untuk meringankan beban penduduk yang terjejas.
Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Zainai Madasin, anggotanya turut terlibat membantu penduduk dalam operasi pascabanjir.
"Hari ini seramai 10 orang anggota bomba, 10 orang ahli NGO dan penduduk setempat membantu mangsa banjir membersihkan rumah mereka di Kampung Gual Mesa di sini," katanya ketika ditemui di kampung berkenaan, hari ini.
Menurut Zainal lagi, pihaknya memulakan tugas-tugas membantu membersihkan rumah penduduk sejak semalam.
"Selain membantu membersihkan rumah mangsa banjir, kami juga turut menyampaikan sumbangan barangan keperluan seperti tilam, dapur gas dan lain-lain," katanya.
Selain rumah penduduk, pihaknya turut membantu membersihkan sebuah masjid di Lubok Jong, Pasir Mas.
Situasi banjir di Kelantan sehingga jam 3 petang merekodkan 3,735 mangsa banjir masih berada di 12 PPS.
Topic Berkaitan
#banjir kelantan
#Pasir Mas
#penduduk mula pulang
#cuaca semakin baik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan