awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
Latihan Harimau Shakti kukuhkan kerjasama pertahanan Malaysia-India
Dua rentung: Kebakaran dilakukan anak mangsa - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Kelantan: Perkhidmatan sokongan di Hospital Tengku Anis dihentikan

Bernama
Bernama
20/12/2022
06:06 MYT
Banjir Kelantan: Perkhidmatan sokongan di Hospital Tengku Anis dihentikan
Dr Zaini berkata pemantauan oleh Radicare Sdn Bhd turut mendapati paras air di sekitar hospital telah meningkat dengan cepat termasuk di kawasan sensitif yang sudah hampir mencapai paras keperluan bagi menutup bekalan eletrik. - Fail/BERNAMA
KOTA BHARU: Perkhidmatan sokongan di Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh seperti unit Radiologi, unit Patologi dan Unit Bekalan Bahan Steril (CSSU) terpaksa dihentikan berikutan situasi banjir melanda hospital berkenaan sejak Ahad lepas.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin berkata, langkah itu diambil kerana dikhuatiri peralatan berkenaan tidak dapat berfungsi disebabkan faktor keselamatan dan untuk mengelak berlaku kerosakan sekiranya ditenggelami air.
Beliau berkata pemantauan oleh Radicare Sdn Bhd turut mendapati paras air di sekitar hospital telah meningkat dengan cepat termasuk di kawasan sensitif yang sudah hampir mencapai paras keperluan bagi menutup bekalan eletrik.
"Sehingga kini, Unit Radiologi dan Patologi masih tidak dapat berfungsi sepenuhnya akibat beberapa peralatan yang terjejas akibat banjir perlu diperiksa terlebih dahulu oleh pihak vendor.
"Bagaimanapun, pihak kami tetap beroperasi di Unit Kecemasan dan Trauma masih beroperasi dengan menerima kes-kes kecemasan dan kes rujukan dari pusat pemindahan sementara untuk rawatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ikuti semua perkembangan mengenai banjir DI SINI!
Dr Zaini berkata memandangkan situasi hujan mulai berkurang dan surut sekitar 4 pagi tadi membuatkan urusan memindah keluar pesakit dapat diteruskan.
Katanya, sehingga 8 malam semalam, sebanyak 24 pesakit telah dirujuk dan dipindahkan ke HUSM, Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu dan Hospital Tanah Merah menggunakan ambulans dan lori selain bantuan dari bilik gerakan banjir negeri dan Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) daerah Pasir Puteh.
"Demi keselamatan juga, pihak hospital mengambil keputusan setelah berbincang dengan JKNK untuk memindahkan semua pesakit berada di dalam wad kerana ketiadaan bekalan elektrik yang boleh memberi risiko dalam rawatan kepada pesakit.
"Banjir yang melanda jajahan Pasir Puteh ketika ini turut menyebabkan laluan keluar ke hospital lain di Kota Bharu, Machang dan Besut telah terjejas sekali gus membuatkan pihak hospital hanya berjaya merujuk keluar empat kes ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian pada semalam," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir kelantan
#Hospital Tengku Anis
#Dr Zaini Hussin
#Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan