"Kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang". Inilah peribahasa yang cukup tepat dalam menggambarkan banjir buruk yang melanda Kelantan pada akhir 2014.
Biarpun taburan hujan luar biasa di Ulu Kelantan adalah antara punca utama banjir paling buruk melanda negeri itu, ia perlu dilihat secara holistik dalam pelbagai aspek seperti topografi, penggunaan tanah dan keadaan sungai yang menyebabkan bencana itu mengganas.
Dalam tiga siri sebelum ini, kedua-dua penulis telahpun mengemukakan beberapa fakta antaranya Sungai Nenggiri yang semakin cetek, pembalakan yang masih berleluasa, pembukaan tanah yang ketara terutama pembangunan ladang berhampiran sungai tanpa zon rizab sungai.
Selama 11 hari itu juga kedua-dua penulis melawat sekitar tanah jajahan Kelantan, di sepanjang jalan utama dari Gua Musang menghala ke Kota Baharu. Turut kelihatan slogan 'Anok Kelate, Saye Hute' (Anak Kelantan, Sayang Hutan) yang ditulis di atas papan tanda arah hutan simpan dengan warna merah bagi menperingatkan agar pemuliharaan alam sekitar bermula daripada masyarakat setempat.
UNDANG-UNDANG ALAM SEKITAR PERLU DIPERKETAT
Dalam mencegah banjir buruk terus berulang, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Pembangunan) Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) Profesor Dr Mohd Ekhwan Toriman menggesa kerajaan agar meneliti semula undang-undang berkaitan alam sekitar.
Beliau mencadangkan agar undang-undang itu diperketatkan lagi dalam memastikan alam sekitar tidak terjejas.
Biarpun garis panduan itu wujud namun ia seolah-olah diabaikan oleh pihak agensi pembangunan sehingga menyebabkan projek yang dibangunkan menjejas alam sekitar.
"Contohnya kita ada garis panduan pembangunan hadapan sungai ataupun 'waterfront development', dekat situ jelas rizab sungai 40-50 meter perlu ada.
"Hakikatnya, memang sukar nak laksana. Namun saya rasa garis panduan ini sekurang-kurangnya dapat mengikat pemaju untuk akur dan jikapun pemaju tidak akur di bawah EIA (Penilaian Impak Alam Sekitar) pemaju akan didenda ataupun diarah memberhentikan kerja sehinggalah mematuhi syarat atau buat semula.
"Bagi pemaju denda RM500,000 tidak ada masalah, peraturan yang macam ini yang patut dilihat," katanya kepada Bernama.
Ekhwan turut menyuarakan pendapat agar penguatkuasaan daripada pihak yang bertanggungjawab perlu lebih proaktif dan cekap.
Pihak Jabatan Alam Sekitar perlu kerap menjalankan operasi tinjauan, lebih-lebih lagi di kawasan hulu dan tersorok di mana aktiviti pembangunan ladang kerap berlaku berhampiran sungai.
"Sudah tentu bila undang-undang sudah ketat, penguatkuasa juga perlu memainkan peranan penting dalam melaksanakan undang-undang," katanya.
MAJLIS TANAH NEGARA PERLU MASUK CAMPUR
Selain memperketatkan undang-undang, Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Datuk Seri Dr Abd Rahman Abd Rahim menyarankan agar isu penggunaan tanah di negeri Kelantan perlu dibawa dan dibincangkan dalam Majlis Tanah Negara (MTN).
Melalui majlis itu sahaja, segala keputusan yang dicapai, kerajaan negeri perlu akur dan menerusinya juga masalah pembangunan perladangan yang drastik di Ulu Kelantan dapat diselesaikan.
"Apa yang berlaku di Kelantan sekarang ini adalah pembangunan tanah yang tidak terkawal dan tidak mengikut garis panduan.
"Isu tanah ini perlu dibincangkan dalam Majlis Tanah Negara, kerana apa sahaja ketetapan yang dibuat oleh Majlis Tanah Negara mesti dipatuhi," katanya.
SUDAH TIBA MASA MALAYSIA TITIKBERAT KAJIAN PERUBAHAN IKLIM
Sementara itu, fenomena cuaca ekstrim seperti taburan hujan luar biasa di Kelantan pada tahun lepas adalah disebabkan faktor perubahan iklim, kata pakar Klimatologi dan Oseanografi Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) Prof Dr Fredolin T. Tangang.
Episod cuaca ekstrim berkaitan iklim seperti banjir besar dan kemarau semakin mengganas di rantau ini.
Fredolin, yang juga Naib Pengerusi Kumpulan Kerja I Panel Antara Kerajaan Berkaitan Perubahan Iklim (IPCC) berkata laporan IPCC mengenai cuaca ekstrim yang diterbitkan pada tahun 2012 menunjukkan kekerapan kejadian cuaca ekstrim meningkat di merata pelosok dunia.
Oleh yang demikian, beliau menyarankan agar kerajaan membawa usul bagi melaksanakan satu kajian bersama negara-negara ASEAN terhadap perubahan iklim dunia dan kesannya kepada sosio-ekonomi rantau ini pada persidangan kemuncak ASEAN nanti.
"Ketika Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN, adalah kena pada waktunya kita pakar-pakar di Malaysia menerajui usaha bersama saintis di rantau ini untuk menyelidik perubahan iklim serantau," katanya.
Melalui kajian terperinci ini para saintis boleh meramal perubahan cuaca di ASEAN dan mengambil langkah proaktif untuk masyarakat rantau ini mengharungi sebarang ancaman bencana bagi mengurangkan jumlah kematian dan kerugian harta benda.
Kajian itu juga membolehkan ASEAN membuat pelbagai perancangan pembangunan dan industri yang dapat mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar dalam tempoh jangka masa panjang, ujar beliau.
___________________________________________________________________
*Ini adalah bahagian keempat dan akhir siri rencana mengenai banjir besar yang melanda Kelantan pada akhir 2014.
**Dua wartawan Bernama Syed Ilya Al-Qadri dan Nik Nurfaqih Nik Wil cuba mengesan punca banjir besar itu dan sama ada pembalakan antara isu yang perlu diberi perhatian.
Bernama
Sat Mar 14 2015

Ini adalah bahagian keempat dan akhir siri rencana mengenai banjir besar yang melanda Kelantan pada akhir 2014.

'Saya sendiri nak pergi tengok' - Bertindih tarikh konsert, Aishah rela beralah demi peminat
Tambah Aishah, tidak timbul isu sama ada peminat akan datang atau tidak jika konsertnya berlangsung pada tarikh yang sama dengan Anuar dan Ziana Zain.

Isu Palestin-Israel | Dunia perlu hukum Israel ekoran kekejamannya
Dunia seharusnya mengambil tindakan tegas terhadap rejim zionis atas kekejaman dilakukan kepada penduduk Palestin.Demikian tegas Jurucakap Khas mengenai Palestin di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Francessca Albenese.

Perniagaan Francais | KPDNHEP mohon peruntukan tambahan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan memohon tambahan peruntukan dari kerajaan bagi membangunkan perniagaan francais. Menurut Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi ini bagi merancakkan lagi bidang itu yang memiliki potensi membantu perniagaan mikro.

Pendidikan | Tangani masalah keciciran murid
NGO Pendidikan Untuk Malaysia menerima 1,541 laporan murid cicir di seluruh Malaysia sepanjang tempoh PKP. Bagaimanapun NGO berkenaan hanya berupaya membantu 343 kanak-kanak sepanjang tempoh berkenaan.

1,142,104 kanak-kanak di Malaysia lengkap divaksin
47.7 peratus daripada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bintang 'Goodfellas' Ray Liotta meninggal dunia dalam tidur
Ray Liotta meninggal dunia dalam tidur ketika sedang menjalani penggambaran filem "Dangerous Waters" di Republik Dominican, pada Khamis.

Ballon d'Or: Mane sedih pemain Afrika kurang diiktiraf
Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo telah mendominasi anugerah itu sejak 2008.

WEF 2022 | Kesediaan dunia laksana ESG, depani cabaran teknologi
Inisiatif alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) merupakan asas penting dalam pelaksanaan sama ada di peringkat kerajaan mahupun perniagaan. Di sebalik mengaplikasi ESG, terdapat juga cabaran-cabaran lain yang perlu ditempuh. Editor Niaga AWANI, Najib Aroff ada perincian dari Davos, Switzerland sempena Forum Ekonomi Sedunia (WEF) 2022.

Ekonomi | Inflasi meningkat, perlu penyelesaian menyeluruh
Pakar Ekonomi MIDF Research, Muhammad Zafri Zulkeffeli mengulas isu inflasi serta strategi penyelesaiannya.

'Ideologi politik bunuh kewartawanan Melayu, orang Melayu jangan sombong'
Ahmad Murad berkata, ada pihak yang menolak untuk membaca bahan berita berbahasa Melayu.

Pelajar kena renjatan elektrik dipindah ke HSB
Mangsa yang berusia 19 tahun itu tidak sedarkan diri selepas memegang corong peniup di kawasan berkenaan yang dilanda banjir kilat.

Jangan salah faham isu Tengku Zafrul calon Parlimen Sungai Besar - Jamal Yunos
UMNO bahagian itu terbuka untuk menerima sesiapa sahaja pemimpin termasuk menteri daripada parti itu untuk membantu Selangor.

Air naik dengan cepat hingga paras dada, warga emas di Felda Trolak cemas
Musibah kali ini merupakan banjir paling teruk pernah dialaminya sejak hampir 50 tahun warga emas itu tinggal di kawasan berkenaan.

Jumlah mangsa banjir di Perak berkurangan petang ini
Jumlah mangsa banjir di Perak pada petang ini berkurangan kepada 113 orang daripada 39 keluarga berbanding 202 mangsa daripada 60 keluarga pada pagi tadi.

Pahang lulus peruntukan RM35 juta tingkat pengurusan kecekapan banjir
Kerajaan Pahang meluluskan peruntukan RM35 juta untuk melaksanakan perolehan dan perbelanjaan bagi meningkatkan kecekapan pengurusan banjir di negeri itu.

Langkah interim mitigasi banjir kilat di KL, mula tunjuk hasil - Shahidan
Pengoperasian pencegahan dan mitigasi banjir kilat berasaskan 14 tindakan interim bermula awal bulan ini bagi mengurangkan insiden banjir kilat di ibu kota telah menunjukkan keberhasilan.

226 mangsa banjir di Perak dipindah ke tujuh PPS
Hujan lebat yang turun sejak petang semalam menyebabkan beberapa buah kampung dinaiki air.

Banjir kilat: 17 penghuni rumah warga emas diselamatkan
Kesemua mangsa telah ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Choong Hwa, Bidor.

Mendapan tanah, kawasan rendah antara punca beberapa kawasan di ibu negara dinaiki air
Mendapan tanah di dalam longkang dan kawasan lebih rendah daripada paras sungai adalah antara punca yang menyebabkan beberapa kawasan di ibu negara dinaiki air ekoran hujan lebat lebih dua jam.

Kerajaan NS, syarikat swasta laksana kerja dalamkan sungai atasi banjir
Kerajaan Negeri Sembilan akan bekerjasama dengan syarikat swasta dalam menyegerakan kerja membersih dan mendalamkan sungai bagi mengatasi masalah banjir kilat yang kerap berlaku di negeri ini.