awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Kerja baik pulih SMK Sri Muda, 8 lagi sekolah perlu disegera - Radzi

Bernama
Bernama
25/12/2021
11:43 MYT
Banjir: Kerja baik pulih SMK Sri Muda, 8 lagi sekolah perlu disegera - Radzi
Bilik darjah, bengkel, makmal sains dan makmal komputer adalah antara yang rosak teruk selepas ditenggelami air akibat banjir besar minggu lepas. - FB Radzi Jidin
SHAH ALAM: Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin meminta supaya kerja baik pulih di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Sri Muda serta lapan lagi buah sekolah di kawasan sekitar yang terjejas akibat banjir segera dilakukan.
Beliau melalui hantaran Facebook rasminya memaklumkan rentetan tinjauan yang dilakukan oleh beliau petang semalam ke sekolah tersebut, bilik darjah, bengkel, makmal sains dan makmal komputer adalah antara yang rosak teruk selepas ditenggelami air akibat banjir besar minggu lepas.
"Seramai 34 orang guru sekolah ini juga turut terkesan akibat banjir," katanya melalui hantaran itu.
[LAPOR LANGSUNG] Banjir ragut 46 nyawa, lebih 54,500 mangsa masih di PPS
Turut serta dalam tinjauan tersebut Timbalan Ketua Setiausaha Perancangan dan Pembangunan Kementerian Pendidikan (KPM) Noor Azman Abdul Rahman.
Beliau berkata KPM komited memastikan semua sekolah yang terlibat dalam kejadian banjir besar baru-baru ini diberi perhatian segera untuk memastikan persekitaran pembelajaran yang lebih selamat dan selesa kepada anak-anak generasi pewaris negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Banjir 2021
#taman sri muda
#smk sri muda
#Radzi Jidin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan