Seramai 25 penduduk dari enam keluarga di Kampung Sungai Rokam di sini dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) apabila rumah mereka dilanda banjir kilat kira-kira 1.2 meter malam tadi.
Banjir dikatakan berpunca daripada hujan lebat luar biasa yang bermula kira-kira jam 5 petang Rabu.
Hujan lebat dikatakan turut menyebabkan air Sungai Pinji di kampung itu melimpah.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 6.37 petang.
“Banjir kilat melibatkan enam buah rumah telah dimasuki air banjir setinggi empat kaki.
“Seramai sembilan mangsa telah dikeluarkan oleh anggota bomba manakala mangsa yang lain telah berpindah sendiri,” katanya.
Menurutnya, mangsa ditempatkan di PPS di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Rokam dan pemantauan masih diteruskan.
Exco kerajaan negeri Perak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Rapat, Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin meluangkan masa melawat mangsa di pusat pemindahan.
Abd Razak Mohd Ali
Thu Oct 31 2019
Menurut jurucakap JBPM Perak, anggota bomba telah membantu mengeluarkan sembilan orang mangsa banjir dari kediaman mereka untuk dipindahkan ke pusat pemindahan. Foto ihsan JBPM.
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Air Sungai Pasir keruh, LRA Wangsa Maju dihenti tugas sementara
Langkah kawalan itu bagaimanapun tidak menyebabkan gangguan penyaluran air mentah ke LRA Wangsa Maju.
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
Piala FA Inggeris: Status Erling Haaland masih tanda tanya
Pep Guardiola mendedahkan bahawa pemain berusia 23 tahun itu meminta untuk dikeluarkan tanpa memberi alasan yang kukuh.
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
Piala Asia B-23: Vietnam intai peluang benam Malaysia, layak ke suku akhir
Vietnam mencari peluang untuk memastikan slot ke suku akhir Piala Asia B23 apabila berdepan Malaysia malam ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 April 2024]
AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry membincangkan keperluan pengenalan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) di mana Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani akan menekankan bahawa langkah proaktif itu adalah untuk melindungi hak-hak pekerja khususnya apabila melibatkan kemalangan jalan raya di luar waktu bekerja.
Lelaki bertindak bakar diri di luar mahkamah New York
Max Azzarello yang berasal dari St. Augustine, Florida, dilaporkan telah diselamatkan dan berada dalam keadaan kritikal.
Rumah dilanda banjir, enam sekeluarga terperangkap diselamat
Enam sekeluarga berdepan detik cemas apabila terperangkap selepas kediaman mereka di Kampung Semanggar Dalam, di sini, dinaiki air akibat limpahan sungai berhampiran, pada Sabtu.
Mangsa banjir di Sabah meningkat, Melaka berkurangan
Susulan hujan lebat, PPS Dewan Datuk Seri Panglima Mohd Dun Banir di Beaufort yang ditutup pada 2.40 petang semalam dibuka semula pagi ini.
LPT1 dinaiki air, laluan Kuantan-Kuala Lumpur ditutup
Pengguna yang ingin ke Kuantan dan Kuala Lumpur dimohon menangguhkan dahulu perjalanan buat sementara waktu.
Banjir Taiping, 10 keluarga dipindahkan
Mereka terdiri daripada 15 lelaki dewasa, 17 wanita dewasa dan masing-masing lapan kanak-kanak lelaki dan perempuan.
Jambatan ditenggelami air, penduduk kampung ikut jalan alternatif lebih 4km
Hasil tinjauan di Kampung Padang Kubu dan Kampung Teladas pada Isnin mendapati air Sungai Kemaman dan Sungai Tebak telah mula melimpah sehingga ke kediaman penduduk.
Keadaan banjir di Kapit, Limbang masih bertahan, sungai di paras bahaya
Sementara itu, di daerah Limbang, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sarawak telah mengeluarkan bacaan paras bahaya sehingga jam 8 pagi tadi.
Banjir: PPS pertama dibuka di Terengganu, 33 orang dipindahkan
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu Salahuddin Isa berkata, hujan yang melanda sejak petang Rabu menyebabkan air Sungai Kepor melimpah.
Banjir kilat: 25 mangsa di Sungai Rokam dipindahkan
Banjir dikatakan berpunca daripada hujan lebat luar biasa yang bermula kira-kira jam 5 petang Rabu.