IPOH: Jumlah mangsa banjir kilat di Perak semakin mencatatkan penurunan setakat jam 8 malam ini dengan hanya sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka iaitu di Sekolah Rendah Changkat Lobak di daerah Kerian.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak, dalam kenyataan, memaklumkan PPS itu yang dibuka pada jam 5 petang tadi menempatkan 26 mangsa daripada empat keluarga yang terjejas dari Kampung Matang Tengah.
Tiga PPS iaitu di Sekolah Kebangsaan Sungai Jernih, Selama; Balai Raya Kampung Klah, Sungkai serta Dewan Orang Ramai Kampung Simpang Halt, Taiping yang dibuka sebelum ini telah ditutup sepenuhnya hari ini dan kesemua mangsa banjir dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perak memaklumkan Sungai Bidor di Changkat Jong berada pada paras amaran dengan bacaan direkodkan 3.37 meter.
Paras air di Sungai Slim di Slim River merekodkan bacaan 25.07 meter dan berada pada paras berjaga-jaga.
Sementara itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan hanya satu lorong dibuka untuk dilalui semua kenderaan di FT077 Jalan Pengkalan Hulu-Sempadan Thailand Seksyen 5 di Hulu Perak akibat runtuhan dan pemasangan Pelan Pengurusan Trafik (TMP) yang dilaksanakan di kawasan berkenaan.
Jalan A 156 Jalan Karai-Jawang Trosor di Kuala Kangsar pula masih ditutup kepada semua kenderaan buat masa ini akibat tanah runtuh di kawasan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 22 2023

PPS itu yang dibuka pada jam 5 petang tadi menempatkan 26 mangsa daripada empat keluarga yang terjejas dari Kampung Matang Tengah. - Gambar Bernama
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [8 Disember 2023]
Antara fokus Awani Pagi bersama Azib Zikry & Nursyazwani Saiful Sham
Zayn Rayyan dipercayai dibunuh di lokasi lain
KKD akan jumpa Meta isu penipuan di aplikasi WhatsApp - Fahmi
Kontroversi 'Melayu malas': Mak Cik Kemboja, anak mengaku tidak bersalah
#AWANInews #AWANIpagi
Zayn Rayyan dipercayai dibunuh di lokasi lain
KKD akan jumpa Meta isu penipuan di aplikasi WhatsApp - Fahmi
Kontroversi 'Melayu malas': Mak Cik Kemboja, anak mengaku tidak bersalah
#AWANInews #AWANIpagi

'Look at my face...'
Kegusaran jelas terpancar pada wajah Pengerusi PBSM, Datuk Hans Isaac mengenangkan keadaan padang SNBJ yang diibarat seperti 'sehelai jeans lusuh.'

'Kami perlu berhati-hati beri sebarang kenyataan' - KLN
Kementerian Luar Negeri perlu berhati-hati mengeluarkan sebarang kenyataan kerana melibatkan hubungan antara negara.

Anak bekas ketua tentera Israel terbunuh dalam serangan zionis di Gaza
Gal Meir Eisenkot dilaporkan terbunuh dalam letupan di sebuah terowong berdekatan dengan kem pelarian Jabalia di utara Gaza.
Setahun Kerajaan Madani: Platform rakyat saksikan inisiatif, pencapaian kerajaan
Program Setahun Bersama Kerajaan Madani yang akan membuka tirai di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini akan menjadi platform terbaik bagi rakyat Malaysia untuk melihat sendiri kad laporan kerajaan bagi tempoh setahun.
Mangsa terjejas di Kelantan semakin menurun
Kelantan menjadi negeri paling teruk terjejas disebabkan gelombang banjir ketika ini. Jumlah mangsa banjir setakat 6 pagi Jumaat mencatatkan penurunan kepada 1,495 orang berbanding lebih 2,000 sebelumnya.
Negara Arab, Islam tuntut gencatan senjata
Negara-negara Arab dan Islam menyeru untuk mengundi draf resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (UNSC) yang menuntut gencatan senjata kemanusiaan di Gaza, pada Jumaat.

Raja Muda: Rakyat 'duta' Tahun Melawat Perlis 2024-205
Tuanku Syed Faizuddin bertitah, layanan baik harus diberikan kepada pelancong yang akan melawat Perlis.
Lintasan Karem Abu Salem dijangka dibuka tidak lama lagi - PBB
Persimpangan Karem Abu Salem yang terletak antara Israe dan Gaza dijangka akan dibuka tidak lama lagi bagi membolehkan lebih banyak bantuan kemanusiaan dihantar ke wilayah Palestin.
Situasi di Gaza pembunuhan besar-besaran
Presiden Iran, Ebrahim Raisi, dalam pertemuannya dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, mengutuk situasi di Gaza sebagai pembunuhan besar-besaran.

68 maut akibat tanah runtuh di utara Tanzania
Queen Sendiga, pesuruhjaya wilayah Manyara yang dilanda bencana, berkata seramai 116 penduduk dilaporkan cedera setakat Isnin.

Tanah runtuh: Jalan hubungkan empat kampung Orang Asli kini boleh dilalui
Jalan yang menghubungkan empat kampung dengan bandar Gua Musang itu bagaimanapun hanya dibuka satu lorong kepada kenderaan.

Tanah runtuh: lebih 20 keluarga Orang Asli terputus hubungan
Lebih 20 keluarga Orang Asli suku kaum Temiar membabitkan penduduk empat kampung di Pos Hendrop di sini terputus hubungan akibat tanah runtuh di laluan utama ke perkampungan mereka.

Peniaga putu mayam cerita detik cemas tebing rumah runtuh
Menurut Zaidi, sebelum kejadian hujan lebat berlarutan sejak 3 petang dan kejadian arus deras di sekitar parit di kawasan rumahnya.

Tiga termasuk warga emas terselamat insiden tanah runtuh
Seorang wanita warga emas antara tiga individu terselamat dalam insiden tanah runtuh di Kampung Dato Ahmad Said Tambahan Baru 1, Manjoi petang tadi.

Mangsa banjir di Perak meningkat, satu lagi PPS dibuka
Keadaan banjir di Perak bertambah buruk apabila satu lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Hilir Perak.

Tanah Runtuh: 2 selamat 3 lagi hilang di Aceh, Indonesia
Tiga individu yang hilang ialah dua orang awam dan seorang pegawai polis dari Penanggalan.

Jumlah mangsa banjir di Perak menurun kepada 268 orang
Jumlah mangsa banjir di Perak menurun kepada 268 orang daripada 84 keluarga malam ini berbanding 277 orang daripada 88 keluarga pagi tadi.

Taufan Otis melanda selatan Mexico
Pusat peranginan popular Acapulco dan bandar yang berdekatan mengalami kerosakan teruk akibat hujan lebat dan angin kencang.

Tanah runtuh Bukit Jugra: JKR laksana kerja pembaikan cerun - Nanta
Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Langat sedang melaksanakan kerja pembaikan cerun susulan tanah runtuh di kawasan lereng Bukit Jugra.