Hujan lebat yang melanda Lembah Klang petang semalam menyebabkan beberapa jalan utama terjejas teruk akibat banjir kilat.
Jalan berkenaan ialah Jalan Lengkok Abdullah, Bangsar dan sekitar kawasan Pusat Perniagaan IOI Puchong.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata hujan lebat kira-kira pukul 3.40 petang menyebabkan jalan di pusat perniagaan itu ditenggelami air sedalam 0.6 meter.
"Hujan lebat menyebabkan banjir yang berpunca daripada air bertakung di jalan utama namun paras air mula surut pada pukul 5 petang," katanya ketika dihubungi Bernama.
Selain itu, Mohd Sani berkata pihaknya turut menerima panggilan kejadian tanah runtuh melibatkan tebing apartmen di Blok B, Jalan TKK 2/3 Taman Puncak Kinrara, Puchong pada pukul 4.59 petang semalam.
Beliau berkata tanah runtuh berlaku akibat hakisan tanah, namun tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian berkenaan.
Katanya, seramai 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Serdang dan Puchong dikerahkan ke lokasi bagi membuat pemantauan di kawasan kejadian.
Menurutnya setakat ini, keadaan trafik di sekitar ibu negara masih terkawal.
Presint 11, Putrajaya dilanda banjir kilat
Sementara itu di PUTRAJAYA, hujan lebat di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan limpahan air Sungai Anak Gajah menyebabkan kawasan Presint 11 dilanda banjir kilat petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu, Presint 11 yang menempatkan kawasan perumahan dan komersial dinaiki air kira-kira 30 minit.
Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Datuk Seri Hasim Ismail berkata banjir kilat itu dipercayai berpunca daripada sistem saliran berdekatan projek-projek pembangunan termasuk dua projek Perumahan Awam 1Malaysia (PPA1M) di kawasan tersebut tersumbat.
"Air sungai yang banyak dipercayai dari Puchong dan Seri Kembangan menyebabkan limpahan berlaku di Sungai Anak Gajah yang terletak berdekatan Presint 11. Hujan lebat kira-kira 20 minit juga menyebabkan air bertakung di kawasan rendah dan berlakunya banjir kilat.
"Selain itu, lumpur, tanah, pasir dari tapak-tapak pembinaan juga menyebabkan parit tersumbat dan air bertakung," katanya ketika dihubungi Bernama.
Hasim berkata kerja-kerja pembersihan dilaksanakan serta merta manakala pemaju projek juga diarah menyelenggara sistem saliran di kawasan masing-masing bagi memastikan kejadian banjir kilat tidak berulang. -- Bernama
Bernama
Wed Nov 16 2016
Hujan lebat yang melanda Lembah Klang menyebabkan banjir kilat di kawasan Pusat Perniagaan IOI Puchong yang dinaiki air setinggi 0.6 meter sehingga pukul 5 petang Selasa. - fotoBERNAMA
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Disember 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
Bola sepak Malaysia di fasa transisi
Pencapaian terbesar tahun ini adalah penyertaan Malaysia di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
Pasaran getah tempatan ditutup rendah
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Selasa, didorong oleh penurunan harga minyak mentah, kata peniaga.
Bantuan RM1,000 kepada 20 pemilik kenderaan ditenggelami banjir kilat di Presint 11 Putrajaya
Perbadanan Putrajaya juga akan membuat parkir interim yang memuatkan kira-kira 200 kenderaan sebagai tindakan jangka pendek.
Beberapa kawasan di Nilai dilanda banjir kilat
Hujan lebat berterusan lebih dua jam petang tadi mengakibatkan beberapa kawasan di daerah ini dilanda banjir kilat.
Putrajaya dilanda banjir kilat, 20 kenderaan tenggelam
Beberapa kenderaan ditenggelami air di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Putrajaya, Presint 11 di sini susulan banjir kilat pada Ahad.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini, kesan daripada ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Kebanyakan insiden banjir kilat kerana isu kebersihan - Aiman Athirah
Menurut Aiman Athirah, masalah ini memerlukan kesedaran awam di peringkat komuniti untuk sama-sama menangani isu banjir kilat.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Isnin, didorong oleh momentum meningkat dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
Tidak berasas dakwa kerajaan Melaka tidak serius tangani banjir kilat - Exco
Kerajaan negeri dengan kerjasama kerajaan pusat melaksanakan pelbagai langkah komprehensif untuk mengatasi masalah banjir kilat.
13 terbunuh, 18 cedera akibat tanah runtuh, banjir kilat di wilayah Sumatera Utara
Di Deli Serdang, enam orang terbunuh dan sembilan lagi cedera selepas arus deras menghanyutkan empat rumah dan sebuah bangunan keagamaan.