awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir kilat landa beberapa kawasan di Sepang

Bernama
Bernama
20/09/2023
12:56 MYT
Banjir kilat landa beberapa kawasan di Sepang
Beberapa kawasan di Sepang dilanda banjir kilat susulan hujan lebat bermula kira-kira 1 tengah hari, yang mengakibatkan kesesakan lalu lintas di kawasan terjejas. - Foto Sinar Harian
SEPANG: Beberapa kawasan di Sepang dilanda banjir kilat susulan hujan lebat bermula kira-kira 1 tengah hari, yang mengakibatkan kesesakan lalu lintas di kawasan terjejas.
Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata pihaknya menerima laporan kesesakan lalu lintas di tiga lokasi iaitu persimpangan lampu isyarat Kota Warisan-Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Jalan Jenderam-Salak Tinggi dan Jalan Sungai Merab-Bangi kira-kira 4 petang.
"Hasil pemantauan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Sepang mendapati banjir kilat menjadi punca kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan, banjir kilat pun surut bila hujan berhenti.
"Tiada jalan yang putus. Jalan-jalan berkenaan sudah boleh dilalui kenderaan dan aliran trafik telah pulih. Cuma kenderaan agak banyak kerana waktu orang balik kerja," katanya ketika dihubungi, sambil menambah anggota polis telah berada di kawasan terjejas untuk mengawal lalu lintas.
Laman Facebook Sepang Viral turut berkongsi maklumat kawasan terjejas dengan banjir kilat antaranya kawasan perumahan Taman Bunga Raya dan Taman Seroja dan melaporkan banjir telah surut apabila hujan mulai berhenti kira-kira 4 petang.
Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian seorang lelaki berusia 19 tahun terperangkap di sebuah pondok berdekatan sebuah tasik di Taman Serenia, Sepang kira-kira 4.45 petang.
Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Dengkil telah digerakkan ke lokasi kejadian bagi membantu mengeluarkan mangsa yang terperangkap akibat limpahan air tasik susulan hujan lebat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir kilat
#Sepang
#hujan lebat
#kesesakan lalu lintas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan