Hujan lebat lebih empat jam sejak petang tadi di Pulau Pinang menyebabkan Taman Sungai Duri, Simpang Ampat, di sini dilanda banjir kilat sehingga 70 kediaman penduduk ditenggelami air lebih satu meter.
Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Kebajikan negeri, Phee Boon Pooh berkata, mangsa terlibat dipindahkan ke Pusat Pemindahan Banjir (PPB) di Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK) Widuri, Simpang Ampat.
"Pihak kami masih mendapatkan jumlah sebenar mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan tersebut." katanya ketika dihubungi malam ini.
Terdahulu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.22 malam tadi berhubung kejadian berkenaan.
Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Bakap bergegas ke lokasi untuk operasi menyelamat serta memindahkan mangsa yang terperangkap.
Semua mangsa dipindahkan terlebih dahulu ke surau Sungai Duri Indah dekat yang dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sebelum dipindahkan ke pusat pemindahan banjir.
Turut berada di lokasi kejadian ketika ini adalah anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).
Astro Awani
Thu Sep 10 2020

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.22 malam. -Gambar hiasan

UMNO-DAP | Tiada kerjasama politik, hanya kepentingan rakyat
DAP tetap dengan berpendiriannya akan hanya akan menjalinkan kerjasama dengan UMNO dalam hal melibatkan kepentingan rakyat sahaja. Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng menegaskan pihaknya tiada sebarang kerjasama politik dengan UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Petugas NGO ditemukan mati dijerut
Seorang petugas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ditemukan mati dengan kesan jerutan di leher di sebuah rumah di Taman Bangi, Jalan Reko, Kajang pada Isnin.

Cerita Sebalik Berita: Perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan

Vaksin COVID-19 | 139,720 terima vaksin, lebih 3.8 juta daftar PICK
Dalam pada itu, khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, lebih 3.8 juta rakyat di negara ini telah berdaftar dalam PICK.

Selamat Hari Wanita #ChooseToChallenge
Sebagai wanita perlu kuat, cekal, tabah dan bijak berdikari. Personaliti Astro serta selebriti tempatan mengambil peluang berkongsi ucapan sempena sambutan Hari Wanita Sedunia 2021 pada 8 Mac. Terus kuat untuk menghadapi apa sahaja yang berlaku. #ChooseToChallenge #WanitaBangkitMendepaniCabaran

Cerita Sebalik Berita: Realiti dunia kewartawanan dari lensa wanita

KKM sedia beri vaksin kepada 30,000 hingga 50,000 bakal jemaah haji - Dr Adham
Dr Adham berkata, kerajaan Malaysia masih menunggu kuota haji yang akan diumumkan oleh kerajaan Arab Saudi.

Tumpuan AWANI 7:45 - Kadar pengangguran naik 4.9% | Program Imunisasi COVID
Kadar pengangguran pada Januari meningkat kepada 4.9 peratus. 9,700 dilaporkan hilang kerja menjadikan jumlah pengangguran naik kepada 782,000 orang. Seramai 139,720 individu telah diberi dos pertama vaksin COVID-19 setakat hari ini dengan lebih 3.8 juta telah mendaftar. Perincian lanjut dalam AWANI 745malam ini dan astroawani.com

983 individu tiba di pintu masuk negara, ini lima tumpuan kenyataan Ismail Sabri
Seramai 983 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa dan semuanya telah dikuarantin di stesen-stesen kuarantin di seluruh negara.

Singapura tawarkan vaksin COVID-19 kepada pemandu lori kargo Malaysia terpilih
Vaksinasi itu bertujuan untuk meminimakan risiko jangkitan kepada pekerja yang terlibat dalam penghantaran barangan perlu ke Singapura.

Beberapa kawasan di Melaka dilanda banjir kilat
Beberapa jalan mengalami kesesakan seperti di Taman Melaka Baru dan Cheng susulan banjir kilat.

Kembara Cinta Diraja Seiring Kasih Rakyat: Tak menang tangan tatkala musibah menimpa rakyat
Keperibadian berjiwa rakyat yang tinggi menjadi sebab mengapa baginda berdua sering dilihat tidak menang tangan tatkala musibah menimpa rakyat.

KKR anggar lebih RM200 juta untuk perbaiki jalan raya terjejas akibat banjir
Menteri Kanan Fadillah Yusof berkata, jumlah itu telah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan untuk kelulusan di bawah dana bencana.

Lebih selesa daripada rumah asal - Penerima kediaman kurniaan Agong
Warga emas, Ramlah Hitam tidak pernah menyangka dirinya berpeluang memiliki sebuah rumah yang sangat selesa, pada usianya yang disifatkan 'sudah senja'.

"Cuti 55 hari di New Zealand untuk lawat keluarga, ikut prosedur" - Timbalan Menteri Wilayah
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Santhara Kumar jelaskan, percutian beliau selama 55 hari diluluskan Perdana Menteri.

Kerajaan peruntuk RM4.9 bilion tangani masalah banjir di Sabah - Tuan Ibrahim
Terdapat lebih kurang 40 projek besar yang akan dilaksanakan bagi menangani isu-isu berkenaan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang Selasa
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Banjir: Lebih 59,000 mangsa dipindahkan susulan ribut Dujuan di Filipina
Menurut Lembaga Atmosfera, Geofizik dan Perkhidmatan Astronomi Filipina hujan lebat dijangka di Camarines Norte, Quezon dan Aurora pada Selasa.

Banjir: Sekurang-kurangnya 5 maut di Jakarta
Jakarta dilanda hujan lebat berterusan yang menyebabkan puluhan jalan utama ditenggelami air.

Banjir Sarawak pulih sepenuhnya, semua PPS ditutup
Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya selepas semua pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup setakat pagi Ahad.