awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir kilat mula resahkan penduduk Kajang

Astro Awani
Astro Awani
20/12/2014
11:33 MYT
Banjir kilat mula resahkan penduduk Kajang
Keadaan banjir kilat di bandar Kajang membuatkan ramai pemilik kenderaan terperangkap. - Sumber foto: Twitter BooSoonYew67
Ketika orang ramai memberi tumpuan kepada keadaan banjir di negeri-negeri sebelah Pantai Timur, penduduk di Kajang hari ini semakin resah kerana bandar mereka sudah mula dilanda air bah.
Bandar tersebut pada tahun ini sudah dua kali dilanda banjir dan kali akhir pada November lalu setelah menerima hujan lebat selama beberapa jam.
Walaupun hujan lebat berlangsung selama beberapa jam sahajapun mampu membawa masalah banjir kilat ke bandar tersebut dan sekitarnya.
Lazimnya, hujan lebat akan mengakibatkan paras air di Sungai Jelok melimpah dan alirannya tidak mampu dikawal akibat jaringan sistem longkang yang tidak mampu menampung paras air ataupun tersumbat.
Pada masa ini, banyak kenderaan dilihat terperangkap dalam banjir kerana pemiliknya tidak sempat mengalihkannya sebelum kawasan terjejas dinaiki air.
Kebanyakan pengguna media sosial seperti Twitter hari ini sudah menjadi penyebar maklumat awal dengan memuat naik beberapa gambar sekitar bandar Kajang.
Banyak sgt sampah, longkang tersumbat, banjir. RT "@TaufiqAlimin: This is Kajang town bro hahaha sekali lagi pic.twitter.com/oGE06D3ffM"
— Na (@tshamira_) December 20, 2014
"@bombaJBPM: PEMANTAUAN #BANJIR : West Country, Kajang #BOMBA pic.twitter.com/6fqZoeTeGc" @BBBangi
— xxTauFuFa (@ariffhidayah) December 20, 2014
Jijah oo jijah mana kau pergi ni !! Semenjak jd adun kajang ni apasal ashik banjir je kajang nih .pelik betoi laa pic.twitter.com/1aZ8U84yg6
— Ismail Ahmad (@maaail68) December 20, 2014
Kajang banjir lagi pic.twitter.com/Ga6fDSph0E
— sofeaAzmn (@sofeaAzmn) December 20, 2014
Kajang Bandar Banjir RT @BooSoonYew67: Very severe floods hit Kajang today.. Stay Safe !! #KajangFloods pic.twitter.com/Wq1sNVhFLm
— epal misai (@iAppleMustache) December 20, 2014
Kira-kira jam 5 petang tadi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail telah menaikkan status di laman rasmi Facebooknya berserta gambar yang menyatakan bahawa keadaan banjir telah surut sementara kerja-kerja pembersihan giat dijalankan.
[Admin] Alhamdulillah banjir sudah surut dan kerja-kerja pembersihan giat dijalankan..Banjir di Kajang biasanya... http://t.co/hv2QtdWJMR
— Dr Wan Azizah Ismail (@drwanazizah) December 20, 2014
Topic Berkaitan
#banjir
#hujan lebat
#Kajang
#longkang
#Penduduk
#Sungai Jelok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan