awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir kilat selepas hujan lebat lebih lima jam di Kota Kinabalu

Bernama
Bernama
18/06/2021
20:45 MYT
Banjir kilat selepas hujan lebat lebih lima jam di Kota Kinabalu
Beberapa kawasan Bandaraya Kota Kinabalu dan sekitarnya dilanda banjir kilat selepas hujan lebat bermula kira-kira pukul 2.00 petang tadi berterusan sehingga lebih lima jam. -Foto Sinar Harian
KOTA KINABALU: Beberapa kawasan Bandaraya Kota Kinabalu dan sekitarnya dilanda banjir kilat selepas hujan lebat bermula kira-kira pukul 2.00 petang tadi berterusan sehingga lebih lima jam.
Tinjauan Bernama di beberapa kawasan bandar raya itu mendapati beberapa jalan antaranya Jalan Sulaman dan Jalan Lintas serta beberapa kawasan di Likas, Inanam dan Penampang dinaiki banjir kilat.
Kesesakan lalu lintas juga didapati berlaku di beberapa jalan utama akibat banjir kilat itu, antaranya di Jalan Sulaman berhampiran 1Borneo Hypermall, dan hujan lebat mula reda di beberapa kawasan kira-kira pukul 8.00 malam semalam.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah ketika dihubungi mengesahkan kejadian banjir kilat menyebabkan beberapa jalan di bandar raya ini tidak dapat dilalui kenderaan ringan dan pihaknya telah menugaskan anggotanya bagi memberi pertolongan kepada orang ramai yang terlibat.
"Pihak kami juga menerima beberapa panggilan daripada orang ramai yang risau rumah mereka mula dinaiki air dan pelbagai agensi sedang berusaha membantu, orang ramai dinasihatkan supaya bertenang dan sentiasa mengambil pelbagai langkah keselamatan," katanya.
Sementara itu antara yang terkesan dengan bajir kilat itu rumah bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak yang terletak di Likas di sini.
Ahli Dewan Undangan Negeri Usukan itu menerusi media Facebooknya turut berkongsi video beliau menimba air keluar dari rumahnya.
Sementara itu Jabatan Meteorologi Malaysia menerusi kenyataan di sini malam ini mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di Kota Kinabalu serta beberapa daerah di Pantai Barat Sabah antaranya Beaufort, Sipitang, Kuala Penyu dan Sipitang selain di Pantai Timur Sabah di Sandakan.
Ribut petir dan hujan lebat diramal berterusan sehingga 11 malam ini, menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir kilat
#Kota Kinabalu
#hujan lebat lebih lima jam
#Jalan Sulaman
#Jalan Lintas
#Likas
#Inanam
#Beaufort
#Salleh Said Keruak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan