awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir kilat: Warga emas maut kereta dihanyut arus

Bernama
Bernama
27/11/2024
06:20 MYT
Banjir kilat: Warga emas maut kereta dihanyut arus
Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa dari dalam keretanya. - Gambar/ Sinar Harian
KAPIT: Sorang warga emas maut selepas kereta dipandunya terperangkap sebelum dihanyutkan arus deras ke sungai dalam kejadian banjir kilat di Kilometer 4 Jalan Selirik di sini awal pagi ini.
Ketua Polis Daerah Kapit DSP Rohana Nanu berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 6 pagi semasa Pastor Bangau Amping, 75, sedang dalam perjalanan pulang selepas menghantar isteri berniaga di hadapan SK Methodist.
"Semasa kejadian, air telah melepasi jalan raya akibat hujan lebat sejak malam tadi dan arus kuat menyebabkan kereta dipandunya dihanyutkan ke dalam Sungai Selepong berdekatan. Mangsa berjaya dikeluarkan sekitar pukul 7.40 pagi tadi, namun disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu Andy Alie berkata tiga anggota bomba yang sedang bertugas membantu mangsa banjir di RH Richard Engking, Sungai Amang bergegas ke lokasi berdekatan persimpangan Tatai Kenyalang, kira-kira 1.4km dari rumah panjang tersebut selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 7 pagi.
"Setiba di lokasi mereka mendapati terdapat sebuah kereta Proton Saga berada di dalam sungai dan mangsa masih berada di dalam kereta. Mangsa kemudiannya berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," jelasnya.
Beberapa kawasan di Kapit di bahagian tengah Sarawak dilanda banjir kilat sekitar pukul 5 pagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir Sarawak
#Kapit
#warga emas maut
#kereta hanyut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan