awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Lebih 50 jalan rosak di Johor - Exco

Bernama
Bernama
06/03/2023
12:43 MYT
Banjir: Lebih 50 jalan rosak di Johor - Exco
Kerosakan itu melibatkan jalan-jalan utama di daerah Segamat, Mersing, Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Kluang. - Bernama
MUAR: Lebih 50 kerosakan jalan raya dikenal pasti berlaku akibat bencana banjir melibatkan lapan daerah yang terjejas teruk di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Mohamad Fazli Mohamad Salleh, berkata kerosakan itu melibatkan jalan-jalan utama di daerah Segamat, Mersing, Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Kluang.
Beliau, bagaimanapun, berkata kerajaan negeri memberi jaminan akan menyegerakan kerja membaik pulih infrastruktur yang rosak akibat bencana tersebut sebaik sahaja air banjir surut.
"Bagi kerosakan yang biasa Insya-Allah tak mengambil masa lama mungkin (dalam) seminggu dua, tetapi untuk kerosakan yang membabitkan runtuhan tanah, cerun, jambatan dan sebagainya (dijangka) akan mengambil masa lebih lama.
"Jumlah ini dijangka akan bertambah dari semasa ke semasa berikutan keadaan banjir yang belum surut. Buat masa ini, pihak terlibat seperti Jabatan Kerja Raya dan syarikat konsesi masih dalam peringkat mengenal pasti lokasi terlibat di seluruh negeri," katanya, dalam satu kenyataan, selepas mempengerusikan Mesyuarat Task Force Banjir negeri, di sini, hari ini.
Mohamad Fazli, berkata setakat ini, pihaknya masih dalam operasi mengenal pasti jumlah infrastruktur terlibat termasuk meneliti kaedah baik pulih yang yang bersesuaian.
Beliau berkata kerja membaik pulih itu akan melibatkan peruntukan di bawah kerajaan negeri serta Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (Marris) yang dijangka menelan kos sehingga RM50 juta.
"Kerja pembaikan segera ini turut melibatkan kerosakan paip air yang pecah serta pencawang elektrik yang musnah.
"Bagaimanapun, saya yakin bekalan air bersih di Johor masih mencukupi. Malah, pihak Syarikat Air Johor akan membantu menghantar bekalan air selamat khususnya di pejabat kerajaan yang berkepentingan awam seperti klinik dan hospital, " katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hujan lebat
#Jalan rosak
#banjir
#Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan