awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: LRA Teluk Mesira dihenti tugas, 1,300 pengguna terjejas

Bernama
Bernama
27/11/2024
06:46 MYT
Banjir: LRA Teluk Mesira dihenti tugas, 1,300 pengguna terjejas
AKSB akan menggerakkan lori tangki untuk membantu pengguna terjejas dan akan membuat pemakluman melalui sistem Infoblast serta mengemas kini perkembangan situasi dari semasa ke semasa.
KOTA BHARU: Loji Rawatan Air (LRA) Teluk Mesira, Bachok terpaksa dihenti tugas sementara berikutan limpahan air banjir telah memasuki kawasan dan bangunan sistem rawatan loji, bermula pagi tadi.

Ringkasan AI
  • Loji Rawatan Air Teluk Mesira di Bachok dihenti tugas sementara kerana limpahan air banjir memasuki kawasan dan bangunan sistem rawatan loji, menyebabkan bekalan air hampir 1,300 akaun pengguna terjejas.
  • Kawasan yang terlibat termasuk Teluk Mesira, Taman SPP, Kampung Jembal, Kampung Tok Jawa, Kampung Budi, Kampung Pintu Gerbang, Kampung Wakaf Zin, Kampung Desa Kerian, Kampung Dusun Durian, Kampung Chicha Menyabung, dan Kampung Gajah Mati.
  • Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) akan menggerakkan lori tangki untuk membantu pengguna terjejas dan akan membuat pemakluman melalui sistem Infoblast serta mengemas kini perkembangan situasi dari semasa ke semasa.

Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dalam kenyataan memaklumkan keadaan itu menyebabkan bekalan air hampir 1,300 akaun pengguna terjejas.
Antara kawasan terlibat ialah Teluk Mesira, Taman SPP, Kampung Jembal, Kampung Tok Jawa, Kampung Budi, Kampung Pintu Gerbang, Kampung Wakaf Zin, Kampung Desa Kerian, Kampung Dusun Durian, Kampung Chicha Menyabung dan Kampung Gajah Mati.
"AKSB akan menggerakkan lori tangki untuk membantu pengguna terjejas. AKSB melalui PINTAS juga akan membuat pemakluman kepada pengguna terlibat melalui sistem Infoblast dan akan dikemas kini dari semasa ke semasa," menurut kenyataan itu hari ini.
AKSB akan memaklumkan perkembangan lanjut situasi berkenaan dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi di laman sesawang www.airkelantan.com.my, aplikasi MyAKSB, Facebook, Instagram atau hubungi PINTAS melalui talian 15777 jika pengguna mempunyai sebarang pertanyaan dan aduan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#Loji Rawatan Air Teluk Mesira
#dihenti tugas sementara
#sistem rawatan loji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan