awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir lumpur: Penerokaan hutan secara haram perlu dikawal

Astro Awani
Astro Awani
15/11/2014
01:49 MYT
Banjir lumpur: Penerokaan hutan secara haram perlu dikawal
Kelestarian pengurusan banjir
Persediaan dan pelan pengurusan menghadapi bencana banjir perlu dititik beratkan agar tiada lagi tragedi berulang.
Ini isu yang menjadi keutamaan dan perhatian rakyat ekoran tragedi banjir Cameron Highlands baru-baru ini.
Prof Dr Mohd Ekhwan Toriman, Timbalan Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) dalam Analisis Awani pada Jumaat berkata, untuk memastikan kelestarian pengurusan banjir -- penerokaan hutan secara haram perlu dikawal dan penguatkuasaan oleh pihak terlibat perlu diperketatkan lagi.
"Saya yakin masalah sebenarnya adalah ketirisan, sebenarnya kita ada pelbagai garis panduan pengawalan banjir, pengurusan pasir, tanah tinggi, akta, 43 akta pengurusan sekeliling. Tapi sejauh mana akta ini dilaksanakan? Ini yang sebenarnya menjadi isu di Cameron Highlands.
"Saya yakin kalau semua pihak berkuasa dan agensi kerajaan mengurangkan ketirisan ini, punca utama impak banjir kepada masyarakat dapat diminimakan," ujar Mohd Ekhwan.
Tambahnya, satu lagi pengurusan spesifik perlu dilaksanakan di Cameron Highlands.
Dalam tragedi banjir lumpur di Cameron Highlands baru-baru ini, lima mangsa termasuk warga asing terkorban manakala lima lagi cedera.
Tambahnya, bagi menghadapi musim tengkujuh -- agensi kerajaan terlibat termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), polis, pejabat daerah, dan Jabatan Pengairan dan Saliran perlu bersedia berganding bahu menghadapi dan bekerjasama menghadapi musim banjir.
Tindakan pasca banjir perlu dilaksanakan secara konsisten seperti merencanakan semula pelan pembangunan komprehensif dengan mengambil kira pelan penampan banjir termasuk pengurusan empangan dan saliran yang lebih baik.
Topic Berkaitan
#banjir
#Cameron Highlands
#mohd ekhwan
#UniSZA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan