awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Mangsa di Terengganu, Kelantan terus meningkat

Bernama
Bernama
25/11/2023
15:33 MYT
Banjir: Mangsa di Terengganu, Kelantan terus meningkat
Di Kelantan, jumlah mangsa banjir meningkat mendadak kepada 224 orang daripada 72 keluarga di dua PPS di Bachok dan sebuah PPS di Pasir Mas. - Bernama
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Terengganu dan Kelantan terus mencatatkan peningkatan setakat 8 malam ini.
Situasi banjir di TERENGGANU yang beransur baik pagi tadi kembali buruk berikutan hujan lebat berpanjangan sepanjang hari yang mengakibatkan jumlah mangsa dipindahkan meningkat kepada 628 orang daripada 149 keluarga berbanding 442 orang daripada 113 keluarga, 12 tengah hari tadi.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, Kemaman menjadi daerah terbaharu dilanda banjir dengan 13 orang daripada empat keluarga ditempatkan di sebuah PPS manakala di Dungun, dua PPS yang ditutup semalam dibuka semula 2 petang tadi dengan menempatkan 62 orang daripada 12 keluarga.
Di Kuala Terengganu 269 orang daripada 71 keluarga berada di dua PPS; Besut (181 orang, 38 keluarga); Kuala Nerus (34 orang, enam keluarga) di sebuah PPS manakala Marang seramai 69 orang daripada 18 keluarga berlindung di dua PPS.
Paras air Sungai Tumpat di Kampung Baru Kemasik, Kemaman pula merekodkan bacaan 1.97 meter melebihi tahap amaran 1.9 meter dengan trend menaik.
DI KELANTAN, jumlah mangsa banjir meningkat mendadak kepada 224 orang daripada 72 keluarga di dua PPS di Bachok dan sebuah PPS di Pasir Mas berbanding 63 orang daripada 18 keluarga di dua PPS di Pasir Mas dan Pasir Puteh, pagi tadi .
Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, di Bachok, PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Beris Panchor menempatkan 49 orang daripada 12 keluarga manakala di Sekolah Kebangsaan (SK) Jelawat 90 orang daripada 30 keluarga.
PPS SK Tok Deh di Pasir Mas pula menempatkan 85 mangsa (30 keluarga).
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#banjir
#mangsa
#PPS
#Kelantan
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan