Mangsa banjir di Terengganu terus meningkat apabila penduduk di beberapa kampung di Marang dan Besut dilanda banjir.

Portal MKN mencatatkan jumlah keseluruhan mangsa mencecah 7,879 dan ditempatkan di 102 pusat pemindahan.

Di Marang 54 orang dari 14 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan manakala di Besut, 102 mangsa daripada 24 keluarga dipindahkan.

Jumlah mangsa di Kemaman dan Hulu Dungun turut naik.

Di Kemaman, kira kira 3840 mangsa membabitkan 916 keluarga ditempatkan di 38 buah pusat pemindahan.

Di Dungun 2130 , mangsa dari kawasan hulu termasuk Kampung Jengai, Kampung Syukur dan Pasir Raja ditempatkan di 527 pusat pemindahan.

Banjir tahun ini disifatkan penduduk sebagai luarbiasa dan berharap bantuan dapat disalurkan dengan segera.

Setakat ini dua daerah masih bebas dari bencana banjir iaitu Kuala terengganu dan Setiu.

Klik pada video untuk berita sepenuhnya.