Jumlah banjir di tiga negeri Pantai Timur, Kelantan, Terengganu dan Pahang kembali meningkat dengan Terengganu mencatatkan jumlah mangsa yang paling tinggi.

Di Terengganu, seramai 1144 mangsa dipindahkan dan ditempatkan di 21 pusat pemindahan di sekitar Besut, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman .

Banjir gelombang kedua turut menyebabkan 16 jalan utama ditutup kepada semua kenderaan.

Di Kelantan pula, 35 mangsa tealh dipindahkan dan ditempatkan di dua pusat pemindahan di Pasir Puteh .

Malah, beberapa batang jalan seperti di Jalan Pasir Mas-Pohon Tanjung-Rantau Panjang juga masih ditutup kepada semua kenderaan.

Sementara itu, di Pahang pula, 59 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan di sekitar Kuantan di Sekolah Kebangsaan Sungai Ular dan Dewan Orang Ramai Balok.