awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Masjid seliaan JAKIM, JAWI anjur solat hajat esok

Bernama
Bernama
28/11/2024
14:31 MYT
Banjir: Masjid seliaan JAKIM, JAWI anjur solat hajat esok
Kesemua masjid berkenaan akan mengadakan solat hajat bagi mendoakan keselamatan susulan bencana banjir, esok selepas solat Jumaat. - Foto hiasan/BERNAMA
PUTRAJAYA: Masjid di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) iaitu Masjid Negara di Kuala Lumpur serta Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini, akan mengadakan solat hajat bagi mendoakan keselamatan dan kesejahteraan susulan bencana banjir, esok selepas solat Jumaat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata masjid dan surau di Wilayah Persekutuan di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), turut diminta untuk melakukan perkara yang sama.
Beliau memohon semua pihak yang terjejas akibat banjir untuk sentiasa berhati-hati dan mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.
"Semoga seluruh mangsa diberikan ketabahan dengan dugaan yang dihadapi ketika ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau dalam pada itu turut menzahirkan penghargaan kepada petugas barisan hadapan terutamanya Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta seluruh agensi yang bertungkus lumus membantu mangsa banjir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#masjid
#JAWI
#JAKIM
#solat hajat
#banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan