BENTONG: Menteri Kabinet yang sedang bercuti dan merancang untuk bercuti diarah membatalkan percutian masing-masing, sehingga masalah bencana banjir yang melanda negara ketika ini selesai.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mana-mana menteri yang sedang berada di luar negara, juga diarah membuat penerbangan balik ke tanah air dengan segera.
"Saya dapat banyak soalan mengenai Menteri-Menteri Kabinet yang ada bercuti, jadi mereka yang masih belum bercuti batalkan percutian masing-masing. Mana ada di luar negara balik segera," katanya pada sidang media selepas melawat mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu di sini, hari ini.
Menurut Ismail Sabri beliau juga terpaksa membatalkan lawatan kerja ke Bangkok, Thailand yang sepatutnya diadakan pada 28 hingga 30 Dis bagi memberi tumpuan kepada isu banjir yang melanda rakyat ketika ini.
Beliau berkata, perbincangan urusan dua hala antara Malaysia dan Thailand itu akan dibawa ke tarikh lain yang akan diumumkan kelak.
Pada sidang media itu, Perdana Menteri berkata, beliau berpuas hati dengan pengurusan bencana kerajaan negeri Pahang dan majlis daerah dalam mengendalikan urusan banjir di negeri itu.
Dalam pada itu beliau menghargai sumbangan daripada syarikat berkaitan kerjaaan dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan yang menyumbang RM75.8 juta sehingga hari ini.
Katanya, Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) juga telah menyumbang RM5 juta bagi membantu mangsa banjir.
"Sekarang bukan beli makanan, tetapi keperluan rumah dan duit ini akan digunakan untuk bantu mangsa banjir bila mereka pulang ke rumah masing-masing kelak.
"Anggota keselamatan negara juga diminta memberi tumpuan untuk membantu kerja-kerja pembersihan rumah rakyat, apabila mereka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas ini," katanya. - BERNAMA
Bernama
Fri Dec 24 2021
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mana-mana menteri yang sedang berada di luar negara, juga diarah membuat penerbangan balik ke tanah air dengan segera. - Gambar BERNAMA
Bomba Kelantan rekod lebih 1,300 kes kebakaran terbuka
Sebanyak 1,379 kes kebakaran terbuka melibatkan hutan, kebun, belukar dan sampah direkodkan di Kelantan bermula Januari hingga Isnin lepas (6 Mei).
Piala Sumbangsih: Enggan kompromi soal keselamatan, Selangor FC nekad ‘tidak hadir’
Selangor FC berkata, keselamatan pasukan adalah perkara paling utama dan mereka memandang serius akan segala bentuk keganasan dan ancaman.
Malaysia dijangka tarik lebih banyak aliran masuk asing daripada pewarisan harta di Asia bernilai AS$1.9 trilion - SC
Malaysia dijangka dapat menarik lebih banyak aliran masuk asing dengan jangkaan pewarisan harta yang lebih besar daripada golongan berusia kepada generasi lebih muda di Asia.
KPN tidak cadang wujud talian 24 jam baharu tangani isu hina agama selain Islam
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) tidak bercadang untuk mewujudkan satu talian 24 jam baharu mengendalikan aduan berkaitan penghinaan terhadap mana-mana agama selain agama Islam.
Masyarakat perlu bangkit, beri tekanan kepada Israel - Nurul Izzah
Semua lapisan masyarakat harus bangkit dan memberi tekanan kepada Israel serta sekutunya untuk berhenti melakukan perkara yang menambah kesengsaraan kepada warga Gaza.
Ulama, pemimpin Islam perlu bekerjasama untuk perpaduan ummah - Mohd Na'im
Ulama, pemimpin dan saintis Islam perlu bekerjasama untuk mencapai matlamat perpaduan ummah dan menyelesaikan sebarang konflik yang timbul dalam masyarakat.
SRC alami kerugian disebabkan Najib - Bekas Pengarah SRC
Che Abdullah berkata Najib adalah pemegang saham tunggal serta penasihat emeritus syarikat dan beliau telah membuat keputusan untuk melaburkan RM3.6 bilion ke dalam syarikat itu.
AWANI Ringkas: Pengasingan kuasa Peguam Negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mari sama-sama pulih imej bola sepak negara - Hamidin
Permasalahan yang timbul sehingga dilihat mampu menggugat imej bola sepak negara itu perlu diatasi segera semua pihak.
Serangan ke atas pemain bola sepak: Polis diminta pertingkat kawalan keselamatan
Polis diminta pertingkat tahap kawalan keselamatan bukan sahaja kepada tiga insiden yang telah berlaku, malah kepada semua yang terlibat.
Banjir luar biasa landa Afrika Timur
Kawasan di Ethiopia, Kenya dan Tanzania yang biasanya gersang serta dilanda kemarau mengalami taburan hujan luar biasa.
Mangsa banjir di Kota Tinggi kekal 300 orang
Kesemua mangsa yang terjejas merupakan penduduk dari Kampung Temenin Baru dan Kampung Desa Makmur.
300 penduduk Kota Tinggi ditempatkan di PPS akibat banjir
Seramai 300 penduduk daripada 69 keluarga di daerah ini ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka akibat banjir yang berlaku tengah hari tadi.
Banjir ragut 76 nyawa di seluruh Kenya
Daerah Nairobi terjejas teruk akibat banjir dengan hampir 17,000 isi rumah dipindahkan.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
Asia rantau paling banyak dilanda bencana di dunia, kata agensi meteorologi PBB
WMO berkata ribut dan banjir mengakibatkan angka korban dan kerugian ekonomi tertinggi, sementara kesan gelombang haba menjadi lebih teruk.
Penduduk Durian Tunggal resah rumah berisiko dinaiki air selepas hujan lebat
"Setiap kali sambutan Aidilfitri saya tidak terfikir untuk menghias rumah seperti orang lain..."
Jawatankuasa Bertindak selesaikan masalah banjir di Hang Tuah Jaya
Jawatankuasa itu akan meneliti semua penyelesaian telah dirangka secara mikro serta makro dan pelaksanaanya akan dilakukan segera.
Banjir Dubai: UAE masih bergelut selepas ribut
Operasi di lapangan terbang dan hab perjalanan utama kekal terganggu selepas ribut melanda Selasa lalu.