Kira-kira 6,000 anggota polis kontinjen Pulau Pinang akan membantu membersihkan kawasan dilanda banjir termasuk rumah mangsa, masjid serta rumah ibadat di negeri ini, kata Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Roslee Chik.
Beliau berkata langkah itu bagi membantu meringankan beban mangsa banjir selain membolehkan mereka dapat pulang cepat ke rumah apabila banjir surut nanti.
Katanya polis turut menjalankan pemantauan dan rondaan 24 jam di kawasan terjejas banjir bagi memastikan tidak berlaku kejadian jenayah dan setakat ini tiada kes membabitkan jenayah terutama curi dan samun di rumah mangsa banjir dilaporkan.
"Anggota polis juga ditempatkan di kawasan jalan raya yang berlaku kesesakan dan ditutup kepada lalu lintas bagi memastikan kelancaran dan mengelak kejadian tidak diingini.
"Antara jalan yang masih ditutup sehingga pukul 8 malam ini (Ahad) ialah Jalan Seri Serdang-Taman Rupawan, Bertam Indah, simpang tiga Lahar Yooi-Padang Menora, Jalan Ara Kuda, Jalan Sungai Lokan-Sungai Dua, Jalan Permatang Pauh dan Taman Bagan manakala Jalan Tok Kangar di Juru ditutup kepada kenderaan ringan," katanya katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan makanan kepada mangsa banjir di dewan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Chong Hwa 2 di Taman Bagan, di sini pada Ahad.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Anuar Omar berkata semua laluan ke Bukit Bendera membabitkan kereta api dan laluan trek menggunakan kenderaan telah ditutup kerana berlaku kejadian tanah runtuh di kawasan berkenaan.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Pulau Pinang Shaari Osman berkata proses pembersihan pusat peperiksaan telah dijalankan dengan bantuan pihak sekolah dan syarikat pembersihan hari ini bagi membolehkan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berjalan lancar.
Katanya sehingga pukul 9 malam semalam, semua berada dalam keadaan bersedia dan dua peperiksaan itu akan diteruskan seperti yang dijadualkan.
"Bagaimanapun, terdapat dua pusat peperiksaan yang akan dipindahkan kerana paras air banjir masih berada di tahap yang menyukarkan calon untuk hadir iaitu calon di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mak Mandin, Butterworth dekat sini akan mengambil peperiksaan di SMK Seberang Jaya manakala calon di SMK Jit Sin akan mengambil peperiksaan di Sekolah Menengah Jit Sin Persendirian.
"Sementara Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Keow Keong akan ditutup pada Isnin," katanya.
Katanya seramai 2,232 calon STPM akan menduduki peperiksaan di 28 pusat membabitkan 2,004 calon sekolah kerajaan, calon swasta (210) dan 18 calon persendirian manakala bagi SPM seramai 23,114 calon akan menduduki peperiksaan di 159 sekolah manakala calon swasta sebanyak 250 orang.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 05 2017
Langkah membantu proses pembersihan itu bagi meringankan beban mangsa banjir bagi membolehkan mereka dapat pulang cepat ke rumah apabila banjir surut nanti. - Gambar fail
Piala Thomas: Ayuh, 'pecahkan' tembok besar China!
Rexy Mainaky menuntut barisan pemain negara untuk tampil garang bagi melenyapkan sorakan penyokong tuan rumah.
Kumpulan Naza ambil alih 100 peratus pegangan Berjaya Enviro
Pengambilalihan ini sekali gus menjadikan Kumpulan Naza sebagai pemain utama sektor pengurusan sisa.
Ringgit melonjak 225 mata asas semasa dibuka
Ringgit melonjak 225 mata asas dan mengukuh berbanding dolar AS ketika dibuka pada Jumaat.
Piala Thomas 2024: 15 skrin besar tayang aksi separuh akhir Malaysia-China esok
Antara lokasi yang dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) antaranya ialah Dataran Merdeka dan Dataran Putrajaya.
Program Pra Tahfiz Kemas mampu lahirkan murid prasekolah kuasai 4M
Program Tabika Pra Tahfiz Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) yang bermula secara rasmi tahun ini mampu melahirkan murid prasekolah yang menguasai 4M iaitu mengaji, menghafal, menaakul (membuat pertim
Niaga SPOTLIGHT: Labour Day 2024 | Social Justice & Decent Work for All
Tehmina Kaoosji spoke with Sivaranjani Manickam, Workers Bureau Head, Parti Sosialis Malaysia (PSM)
Pekerja pusat servis maut, rakan parah tayar meletup
Siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 12.40 tengah hari ketika kedua-dua mangsa sedang mengisi angin tayar sebuah jentolak.
Niaga SPOTLIGHT: Labour Day 2024 | Progressive Wage Policy & Living Wages
Xavier Estupinan, Regional Wage Specialist, DWT (Decent Work Team) Asia and the Pacific, for International Labour Organisation (ILO) joins us now from ILO’s Regional Office in Bangkok to share some comments on Progressive Wage Policy and Living Wages.
Isu samun: Terengganu pandang serius kejadian melanda Akhyar Rashid
Akhyar Rashid mengalami kecederaan ringan di bahagian kepala dan kaki, namun beliau dilaporkan berada di dalam keadaan stabil.
Mahkamah Tinggi tolak permohonan pembatalan kes rasuah Guan Eng, isteri dan Li Koon
Permohonan itu membabitkan projek asrama pekerja asing bernilai RM11.6 juta.
Banjir ragut 76 nyawa di seluruh Kenya
Daerah Nairobi terjejas teruk akibat banjir dengan hampir 17,000 isi rumah dipindahkan.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
Asia rantau paling banyak dilanda bencana di dunia, kata agensi meteorologi PBB
WMO berkata ribut dan banjir mengakibatkan angka korban dan kerugian ekonomi tertinggi, sementara kesan gelombang haba menjadi lebih teruk.
Penduduk Durian Tunggal resah rumah berisiko dinaiki air selepas hujan lebat
"Setiap kali sambutan Aidilfitri saya tidak terfikir untuk menghias rumah seperti orang lain..."
Jawatankuasa Bertindak selesaikan masalah banjir di Hang Tuah Jaya
Jawatankuasa itu akan meneliti semua penyelesaian telah dirangka secara mikro serta makro dan pelaksanaanya akan dilakukan segera.
Banjir Dubai: UAE masih bergelut selepas ribut
Operasi di lapangan terbang dan hab perjalanan utama kekal terganggu selepas ribut melanda Selasa lalu.
Mangsa banjir di tiga negeri menurun - NADMA
Jumlah mangsa banjir menurun kepada 759 mangsa yang ditempatkan di enam pusat permindahan sementara setakat 6 pagi tadi.
Mangsa banjir di tiga negeri meningkat kepada 748 orang - NADMA
Terdapat tiga PPS beroperasi iaitu di daerah Petaling yang menempatkan 356 mangsa, PPS di Klang (204 mangsa) dan Kuala Selangor (54 mangsa).
Semua pihak diminta siap siaga, segera salurkan bantuan mangsa banjir - Ab Rauf
Wakil rakyat dan agensi berkaitan termasuk pihak berkuasa tempatan diarahkan supaya siap siaga dan menyalurkan bantuan awal kepada semua mangsa yang terjejas akibat banjir terutama di Alor Gajah.