awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sukan SEA 2027: PKBM rancang program trek dengan negara Asia Tenggara
Pemimpin dunia kutuk sekeras-kerasnya serangan bom di masjid Islamabad
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir P. Pinang semakin reda, tidak perlu isytihar darurat - Chow

Bernama
Bernama
19/09/2024
16:11 MYT
Banjir P. Pinang semakin reda, tidak perlu isytihar darurat - Chow
Chow berkata, mereka yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) akan dibekalkan dengan barangan keperluan asas seperti makanan, minuman dan peralatan. - Gambar fail
GEORGE TOWN: Kerajaan negeri tidak bercadang untuk mengisytiharkan darurat susulan banjir di beberapa kawasan di negeri itu kerana situasi dilihat semakin reda.
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata tiada keperluan untuk membuat keputusan demikian meskipun terdapat beberapa kawasan di Seberang Perai dan bahagian pulau yang mengalami ribut.
"Mesti ada kriteria tertentu...(untuk isytihar darurat). Cuaca cerah hari ini. Juga tidak sampai ke tahap itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Insentif Kejayaan SUKMA XXI Sarawak 2024 di sini, malam ini.
Sementara itu, Chow turut menjelaskan bahawa banjir kilat tidak termasuk dalam kategori bagi pemberian bantuan dalam skim bantuan bencana oleh kerajaan negeri namun mereka yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) akan dibekalkan dengan barangan keperluan asas seperti makanan, minuman dan peralatan.
Terdahulu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam Pulau Pinang Lim Siew Khim ketika meninjau PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Lahar Yooi petang tadi berkata kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan dalam masa terdekat untuk memutuskan bantuan yang akan diberikan kepada mangsa banjir di negeri itu.
Sehingga pukul 7.30 malam ini, seramai 590 mangsa banjir ditempatkan di lapan PPS selepas hujan lebat dan ribut melanda Pulau Pinang sejak tiga hari lepas yang menyebabkan banyak kawasan dilanda banjir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#chow kon yeaow
#banjir
#pulau pinang
#tidak darurat
#banjir reda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan