awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
‘Jangan sesekali takut dengan kajian’ - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Pahang: Sedia berpindah jika diarahkan - Wan Rosdy

Sinar Harian
Sinar Harian
26/12/2023
05:17 MYT
Banjir Pahang: Sedia berpindah jika diarahkan - Wan Rosdy
Penduduk yang terlibat dengan banjir dinasihatkan untuk segera berpindah ke pusat pemindahan sekiranya diarahkan oleh pihak berkuasa. -Foto Facebook Wan Rosdy Wan Ismail
KUANTAN: Rakyat di Pahang terutamanya di kawasan berisiko banjir dinasihatkan untuk segera berpindah ke pusat pemindahan sekiranya diarahkan oleh pihak berkuasa.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, nasihat itu diberikan susulan peningkatan jumlah hujan dan kejadian banjir yang berlaku di beberapa kawasan di negeri ini.
Menurutnya, langkah tersebut penting bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin daripada sebarang bentuk musibah yang lebih besar seperti kehilangan nyawa.
"Saya juga mengingatkan agar penduduk negeri ini tidak turun ke sungai untuk menangkap ikan kerana kita bimbang kejadian-kejadian yang tidak diduga boleh berlaku.
"Kepada mereka yang telah berpindah ke pusat-pusat pemindahan, saya berharap anda semua terus bersabar dan insya-Allah segala keperluan di sini telah pun disediakan," katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Isnin.
Beliau juga berharap pasukan penyelamat dan keselamatan dapat meneruskan khidmat bakti demi memastikan keselamatan rakyat negeri ini terjaga.
"Saya menghargai pengorbanan yang telah dicurahkan oleh anda semua. Marilah kita berdoa semoga Allah SWT melindungi rakyat dan negeri ini daripada sebarang bentuk bencana dan malapetaka," tulis beliau lagi.
Pada Selasa, jumlah mangsa banjir di dua daerah di Pahang merekodkan peningkatan kepada 700 orang sehingga jam 8 pagi berbanding 606 orang pada petang Isnin.
Sebanyak 15 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Lipis dan Raub berbanding 13 PPS sebelum ini. -Sinar Harian
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Wan Rosdy Wan Ismail
#banjir
#sedia berpindah
#pusat pemindahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan