awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Penduduk Hulu Langat hulur bantuan kepada mangsa

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
24/12/2021
03:47 MYT
Banjir: Penduduk Hulu Langat hulur bantuan kepada mangsa
Sumbangan yang dihulurkan oleh penduduk setempat bagi meringankan beban mangsa yang terjejas dengan banjir. - Astro AWANI
HULU LANGAT: Walaupun bantuan daripada pelbagai pihak yang kebanyakanya daripada luar Selangor dan Kuala Lumpur, ia tidak memberi maksud bahawa sebahagian penduduk di sekitar Hulu Langat yang tidak terjejas berpeluk tubuh.
Tinjauan Astro AWANI di sepanjang laluan daerah berkenaan mendapati terdapat beberapa penduduk asal kawasan itu membuka meja di luar kediaman mereka dengan menawarkan keperluan dan makanan yang mereka beli dengan duit poket mereka sendiri dan diberikan secara percuma.
Menurut salah seorang penduduk Shida Zali 50, dia telah membuka meja untuk menawarkan bantuan itu sejak hari kedua kejadian banjir yang melanda sehinggalah sekarang.
"Masa hari kedua itu belum lagi ada bantuan luar yang masuk kerana mungkin ketika itu keadaan sangat bahaya dan mereka dilarang berbuat demikian.
"Namun akak sudah buka pada hari itu dan pada ketika itu memang ramai yang datang kerana mereka benar-benar tinggal sehelai sepinggang.
"Namun selepas beberapa rakan menyedari usaha ini, ramai yang menyatakan keinginan untuk turut sama membantu, dari situ mereka sumbangkan bantuan kewangan untuk saya dan beberapa ahli keluarga saya menambah barangan keperluan untuk diagihkan secara percuma sehinggalah sekarang," katanya ketika ditemui Astro AWANI.
Antara barangan keperluan asas yang diberikan secara percuma kepada mangsa yang terjejas. - Astro AWANI
Antara barangan keperluan asas yang diberikan secara percuma kepada mangsa yang terjejas. - Astro AWANI
Tambahnya lagi meja bantuan yang ditawarkan itu akan dibuka seawal pagi bagi mengagihkan sarapan serta keperluan asas sehinggalah petang ataupun malam.
"Selain orang sini ada sebahagian Orang Asli yang yang terjejas di kawasan pedalaman datang ke sini.
"Jadi ada masanya kita tutup lewat sikit bagi membolehkan mereka ini dapat mengambil keperluan mereka," jelasnya lagi.
Topic Berkaitan
#banjir
#mangsa
#bantuan
#keperluan asas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan