awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Penduduk Kampung Limau Kasturi terkenang peristiwa 'Bah Kuning 2014'

Bernama
Bernama
11/12/2024
03:40 MYT
Banjir: Penduduk Kampung Limau Kasturi terkenang peristiwa 'Bah Kuning 2014'
Hujan lebat yang melanda sejak 9 Disember mengakibatkan Kampung Limau Kasturi dilanda banjir. - Foto BERNAMA
GUA MUSANG: Paras air yang meningkat dengan cepat akibat hujan lebat sejak Isnin lepas mengingatkan semula penduduk Kampung Limau Kasturi di sini pada peristiwa 'bah kuning' yang melanda penempatan mereka 10 tahun lepas.
Penduduk, Siti Zubaidah Udin, 64, berkata air dari Sungai Kerak melimpah ke penempatan berhampiran sedalam kira-kira dua meter dan hampir menyamai situasi yang pernah dialami sewaktu banjir besar 2014.
"Dalam tempoh tiga jam sahaja air dari Jambatan Kerak sampai ke rumah penduduk. Kami bukan sahaja terputus jalan perhubungan malah mula cemas memikirkan air mungkin terus naik jika hujan masih berlanjutan.
"Keadaan banjir kali ini berbeza sewaktu gelombang pertama baru-baru ini kerana ketika itu paras sungai naik secara perlahan. Terasa seolah-olah sedang berdepan semula suasana banjir 2014," katanya ketika ditemui pemberita di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi , di sini semalam.
Siti Zubaidah berkata walaupun bencana besar itu telah lama berlalu, dia masih trauma bahkan gelombang kedua banjir membuatkannya bertambah resah kerana kesihatan mudah merosot pada musim tengkujuh ini disebabkan menghidap penyakit asma.
Ahmad Ab Rahman, 46, pula berkata limpahan air sungai mula masuk ke laluan kampung pada kira-kira 8 pagi dan siren amaran banjir terus mengeluarkan bunyi menandakan paras air semakin meningkat di penempatan mereka.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kampung Limau Kasturi Aluwi Muda berkata susulan kejadian itu hampir 3,000 penduduk terjejas dan terputus hubungan.
"Selain Kampung Limau Kasturi antara kampung lain yang terlibat ialah Kampung Batu 14 dan Kampung Serian. Penduduk kini terpaksa menggunakan perahu untuk keluar masuk sekiranya terdapat keperluan yang mendesak," katanya.
Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat 10 pagi ini, kesemua 307 mangsa banjir daripada 72 keluarga di Kelantan ketika ini ditempatkan di tiga PPS dari jajahan Gua Musang iaitu Dewan Semai Bakti Felda Chiku 7, Dewan Orang Ramai Batu 6 dan Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi 1.
Sementara itu, portal infobanjir.water.gov.my, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) merekodkan hanya satu sungai di Gua Musang berada pada paras waspada iaitu Sungai Galas di Limau Kasturi dengan bacaan 57.88 meter.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#banjir2024
#monsun timur laut
#Bah Kuning
#Kampung Limau Kasturi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan