MALAYSIA
Banjir: Persiapan lebih baik, PM Anwar zahir penghargaan semua pihak terlibat

Anwar (berdiri) mengucapkan terima kasih kepada semua pihak dan agensi yang terlibat dalam persiapan menghadapi MTL, yang disifatkannya lebih baik tahun ini. -Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada semua pihak dan agensi terlibat dalam membuat persiapan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang disifatkannya lebih baik tahun ini.
Ringkasan AI
- Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada semua pihak dan agensi yang terlibat dalam persiapan menghadapi MTL, yang disifatkannya lebih baik tahun ini.
- Di bawah arahan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, NADMA telah memperkemas penyelarasan dengan agensi Persekutuan dan negeri untuk memastikan keselamatan dan kebajikan mangsa banjir.
- Setakat pagi tadi, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 37,189 orang di enam negeri, dengan Kelantan mencatatkan jumlah tertinggi.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri dan NADMA serta seluruh jentera termasuk kerajaan negeri yang memberi kerjasama dengan persiapan lebih baik tahun ni," katanya sebelum menjawab soalan pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Anwar berkata setakat 9.32 pagi tadi, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 37,189 orang membabitkan 11,385 keluarga di enam negeri iaitu di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Perak dan Johor.
Sebanyak 322 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di enam negeri berkenaan setakat ini.
"Mengikut negeri, Kelantan merekodkan mangsa banjir tertinggi membabitkan 30,582 orang (9,223 keluarga), dan 157 PPS telah dibuka di sembilan daerah di Kelantan," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami