PUTRAJAYA: Petugas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di enam negeri terlibat banjir iaitu Kelantan, Terengganu, Johor, Perak, Pahang dan Sarawak, telah digerakkan bagi menguruskan mangsa bencana itu bersama agensi lain mengikut keperluan dan peranan masing-masing.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam kenyataan memaklumkan seramai 6,307 mangsa daripada 1,833 keluarga terjejas akibat banjir dan semua keperluan makan, minum serta barangan asas telah dibekalkan kepada mereka.
Sebanyak 86 pusat pemindahan sementara (PPS) juga telah dibuka untuk mangsa banjir di seluruh negara dengan 39 PPS di Kelantan, Terengganu (40), Johor (tiga), Perak (dua) dan masing-masing satu PPS di Pahang dan Sarawak setakat 5 petang tadi.
"Keadaan semasa di semua PPS adalah terkawal. JKM memantau secara terus perkembangan semasa situasi banjir di semua negeri dan arahan juga dikeluarkan agar semua petugas bersiap sedia sepanjang masa walaupun berada di tempat yang tidak dilanda banjir untuk membantu pengurusan mangsa mengikut keperluan dan keadaan semasa.
"Semua mangsa dan petugas di PPS diingatkan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)," menurut kenyataan itu.
Ikuti semua perkembangan mengenai banjir DI SINI!
Menurut KPWKM hujan dan amaran hujan berterusan di Pantai Timur telah dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi hingga 19 Dis (esok), justeru bilangan PPS dijangka bertambah pada lewat petang.
Kementerian itu turut menasihatkan orang ramai yang terjejas dalam bencana itu agar mematuhi arahan pihak berkuasa untuk berpindah ke tempat selamat, manakala mereka yang berada di tempat berisiko diminta sentiasa berjaga-jaga.
Bilik Gerakan JKM Kelantan boleh dihubungi melalui 09-7416925 dan Bilik Gerakan JKM Terengganu menerusi talian 09-6301193, manakala Bilik Gerakan JKM di negeri lain akan diaktifkan mengikut keperluan dan keadaan banjir semasa.
Orang ramai juga boleh menghubungi Talian Kasih 15999 yang beroperasi 24 jam sekiranya perlu serta mendapatkan maklumat terkini mengenai PPS di seluruh negara melalui aplikasi InfoBencanaJKM 2.0 yang boleh dimuat turun melalui Apple Store dan Play Store.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 18 2022
Seramai 6,307 mangsa daripada 1,833 keluarga terjejas akibat banjir dan semua keperluan makan, minum serta barangan asas telah dibekalkan kepada mereka. - Gambar fail/ Bernama
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Menteri Luar Mesir ucap takziah kepada Malaysia atas bencana banjir
Menteri Luar Mesir Dr. Badr Abdelatty menyampaikan ucapan takziah kepada Malaysia susulan tragedi banjir yang mengorbankan nyawa dan menyebabkan kemusnahan besar.
Banjir: Anggaran kerugian sektor agromakanan lebih RM177 juta - Mohamad
Berdasarkan laporan awal kerosakan mengikut negeri, Kedah mencatatkan angka kerugian tertinggi iaitu lebih RM97 juta, diikuti Kelantan (lebih RM33 juta) dan Terengganu (lebih RM13 juta).
Hujan berterusan empat hari di Kelantan, Terengganu bermula Isnin
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan daerah Hulu Perak di Perak turut mengalami keadaan sama.
TNB perkenal sistem FARA bagi mengurus risiko banjir
TNB perkenal sistem FARA untuk urus risiko banjir, pastikan keselamatan aset dan pengguna.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
KPM akan guna SOP baharu bagi sekolah berisiko dilanda banjir tahun depan
Kementerian Pendidikan (KPM) akan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi pengurusan sekolah yang berisiko dilanda banjir bermula tahun depan.
Amaran hujan berterusan di lima negeri hingga esok
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri hingga esok.