awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar 72.52 g methamphetamine, buruh dipenjara 30 tahun, 12 sebatan
Peniaga kuih akok lapan perisa rancang hasilkan produk sejuk beku
Semua pihak perlu main peranan angkat martabat sektor pelancongan - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: PPS Dewan Suarah diaktifkan, 56 mangsa dipindahkan di Bintulu

Rudi Affendi Khalik
Rudi Affendi Khalik
08/12/2025
23:45 MYT
Banjir: PPS Dewan Suarah diaktifkan, 56 mangsa dipindahkan di Bintulu
Pasukan bomba menggunakan bot alumunium untuk memindahkan mangsa dari Rumah Panjang Roselind anak Suang. - Foto JBPM Sarawak
BINTULU: Sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah diaktifkan di Dewan Suarah Bintulu awal pagi Selasa bagi menempatkan mangsa banjir dari dua kawasan terjejas di sini.
Menurut Pegawai Pertahanan Awam Bahagian Bintulu, Kapten (PA) Mohd Johari Mohd Taufik, PPS berkenaan menempatkan penduduk dari Kampung Kemunting dan Rumah Panjang Roselind ak Suang.
“Seramai 23 mangsa dari Kampung Kemunting telah dipindahkan, termasuk 11 kanak-kanak dan seorang individu orang kelainan upaya (OKU).
"Manakala 33 lagi mangsa berasal dari Rumah Roselind, termasuk 11 kanak-kanak dan lima bayi,” katanya.
Beliau turut memaklumkan bahawa semua mangsa telah menerima kit kecemasan sebaik tiba di pusat pemindahan.
Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak melaporkan bahawa sebuah bot dan lori pelbagai guna Hicom telah digerakkan sekitar jam 1.04 pagi bagi memindahkan mangsa yang terperangkap di Rumah Roselind selepas paras air naik sehingga dua kaki.
“Di Kampung Kemunting pula, dua keluarga mengambil keputusan berpindah lebih awal sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini,” menurut kenyataan itu.
Kenaikan mendadak paras air di utara Sarawak dipercayai berpunca daripada hujan lebat berterusan yang bertembung dengan fenomena air pasang besar, sekali gus menyebabkan banjir di beberapa kawasan rendah.
Topic Berkaitan
#banjir
#hujan lebat
#PPS
#mangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan