awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Forest City berpotensi selesai isu kesesakan trafik, kepadatan penduduk Johor Bahru
Denda RM3.81 juta bagi kesalahan alam sekitar tahun ini - JAS Johor
Usahawan muda angkat kembali warisan atap nipah dan rumbia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir pulih, PPS di Kedah dan Negeri Sembilan ditutup

Bernama
Bernama
17/05/2022
08:33 MYT
Banjir pulih, PPS di Kedah dan Negeri Sembilan ditutup
Pusat pemindahan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan dibuka berikutan hujan lebat luar biasa selama empat jam sejak tengah hari semalam. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu dua di Negeri Sembilan dan satu di Kedah yang menempatkan 138 mangsa banjir daripada 48 keluarga ditutup sepenuhnya hari ini.
Di KEDAH, PPS di Baling iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Tawar menempatkan 28 orang daripada enam keluarga ditutup pada 9.30 pagi setelah semua mangsa dibenar pulang ke rumah masing-masing setelah air surut sepenuhnya.
PPS itu dibuka pada 8.10 malam tadi bagi menempatkan penduduk dari Mukim Tawar selepas kediaman mereka dinaiki air berikutan hujan lebat tengah hari semalam.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling Kapt (PA) Rasidah Kassim berkata setakat ini cuaca di Baling adalah cerah, namun Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Baling terus memantau keadaan jika hujan berlarutan dua jam.
Di NEGERI SEMBILAN, data terkini menerusi aplikasi InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat menunjukkan dua PPS iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Undang Johol dan Dewan Desa Dangi, Johol, Kuala Pilah ditutup setakat tengah hari tadi selepas kesemua mangsa banjir dibenar pulang ke kediaman masing-masing.
Pusat pemindahan itu dibuka berikutan hujan lebat luar biasa selama empat jam sejak tengah hari semalam menyebabkan beberapa kawasan di Kuala Pilah dinaiki air terutama di Johol.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pusat pemindahan
#mangsa banjir
#banjir
#Negeri Sembilan
#Kedah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan