awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Ketua Tentera Libya maut dalam nahas pesawat berhampiran Ankara
Polis Nigeria lancar operasi cari 28 pengembara diculik di wilayah tengah
Norway perkenal ujian darah untuk kesan perubahan otak berkaitan Alzheimer
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: RM5 juta selenggara anak sungai, parit tersumbat di Penampang

Bernama
Bernama
18/02/2023
20:05 MYT
Banjir: RM5 juta selenggara anak sungai, parit tersumbat di Penampang
Ewon berkata, sebagai menteri bertanggungjawab, beliau telah bersetuju menyalurkan peruntukan khas bagi mitigasi sementara untuk mengelakkan banjir berlaku lebih kerap di daerah Penampang. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan akan menyalurkan peruntukan RM5 juta bagi menyelenggara anak sungai dan parit tersumbat yang menyebabkan banjir kerap berlaku di Penampang.
Ahli Parlimen Penampang yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata peruntukan itu akan disalur dalam masa terdekat dan ia merupakan penyelesaian jangka pendek bagi mengatasi masalah banjir di daerah berkenaan.
"Apabila banjir berlaku di Penampang baru-baru ini, saya telah berjumpa dan berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai perkara itu.
"Sebagai menteri yang bertanggungjawab, beliau telah bersetuju menyalurkan peruntukan khas bagi mitigasi sementara untuk mengelakkan banjir berlaku lebih kerap di daerah itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Memasyarakatkan Koperasi 2023 di sini semalam.
Ewon berkata selain itu, beliau telah mencadangkan satu projek pembangunan lembangan sungai bersepadu Sungai Moyog dengan anggaran kos RM500 juta yang dimasukkan dalam agihan peruntukan tebatan banjir bermula tahun ini.
Beliau berkata projek itu akan mengambil masa untuk dilaksana kerana banyak perkara perlu dilakukan termasuk pelan reka bentuk dan proses perolehan, namun masalah banjir di Penampang pasti dapat diatasi dengan kerjasama semua pihak.
Katanya Jabatan Kerja Raya serta Jabatan Pengairan dan Saliran Penampang juga akan menggunakan peruntukan dalaman bagi menyelenggara kawasan lain yang terjejas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ewon Benedick
#selenggara sungai
#Penampang
#banjir sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan