awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua beranak ditahan menyamar polis, samun warga asing
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS, bercampur-campur berbanding mata wang lain
Pendekatan 'humanistic AI' perkasa kemampuan manusia, bukan teknologi ganti tenaga kerja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Sabah: Angka terus meningkat, 724 mangsa dipindahkan ke PPS

Abdul Hafiz Mustadi
Abdul Hafiz Mustadi
01/11/2022
11:41 MYT
Banjir Sabah: Angka terus meningkat, 724 mangsa dipindahkan ke PPS
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah, kesemua mangsa melibat penduduk dari daerah Penampang, Kunak, Sipitang, Tenom dan keningau.
KOTA KINABALU: Seramai 724 mangsa banjir daripada 201 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas rumah mereka dinaiki air ekoran hujan berterusan sejak semalam.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah, kesemua mangsa melibat penduduk dari daerah Penampang, Kunak, Sipitang, Tenom dan keningau.
Sementara sembilan PPS dibuka bagi menempatkan kesemua mangsa yang terjejas.
"Setakat pukul 4 petang Selasa, sembilan PPS yang dibuka masing-masing di Dewan Kampung Airport; Rumah Kelab Kompleks Sukan Penampang; Dewan Mini Mesapol; Dewan Sjk (C) Chung Hwa Mesapol.
"Turut dibuka sebagai PPS ialah Rumah Kebudayaan Kalang Kanar; Rumah Kebudayaan Makakagas; Rumah Kebudayaan Gunting; Dewan Gereja Kampung Senangang; dan Sekolah Kebangsaan Pekan Keningau 2," katanya.
Menurut kenyataan itu, PPS Rumah Kebudayaan Makakagas di Tenom diaktifkan pada 7 pagi Selasa dan menempatkan mangsa banjir tertinggi iaitu 259 orang daripada 71 buah keluarga.
Sementara itu, kemas kini Jabatan Meteorologi Malaysia pada jam 5.45 petang Selasa meramalkan hujan lebat dan angin kencang akan melanda di beberapa kawasan di Sabah iaitu di Kuala Penyu, Beaufort, dan Papar.
Topic Berkaitan
#banjir sabah
#hujan berterusan
#Tenom
#Penampang
#PPS
#mangsa banjir
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan