awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Sabah: Jumlah mangsa turun kepada 3,347 orang

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
05/01/2022
06:57 MYT
Banjir Sabah: Jumlah mangsa turun kepada 3,347 orang
Keadaan salah sebuah perkampungan yang terjejas banjir di Kota Marudu.- Astro AWANI
KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di Sabah menurun sedikit kepada 3,347 orang setakat jam 1 petang ini, berbanding 3,385 orang dilaporkan pagi tadi.
Menurut kemas kini yang dikeluarkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, jumlah itu melibatkan 1,319 ketua isi rumah (KIR) keseluruhannya.
Jumlah berkenaaan dilaporkan daripada enam daerah di negeri ini, iaitu Kota Marudu, daerah kecil Paitan, Pitas, Beluran, Sandakan dan Telupid.
Kota Marudu merupakan daerah yang mencatat jumlah mangsa tertinggi dengan 2,668 orang, diikuti Pitas (319 mangsa), Telupid (216 mangsa), daerah kecil Paitan (99 mangsa) serta Sandakan (45 mangsa).
Kesemua mangsa yang terjejas ditempatkan di 29 pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di daerah-daerah berkenaan.
Sementara itu, sebanyak 14 PPS diaktifkan di Kota Marudu, tujuh PPS di Telupid, empat PPS di Pitas, tiga PPS di daerah kecil Paitan dan satu PPS di Sandakan.
Menurut laporan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah pecahan mangsa yang terlibat adalah 909 lelaki dewasa, 1,045 perempuan dewasa, 731 kanak-kanak lelaki serta 662 kanak-kanak perempuan.
Topic Berkaitan
#banjir sabah
#Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri JPBN Sabah
#pusat pemindahan sementara PPS
#Angkatan Pertahanan Awam Malaysia APM Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan