awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kedai motor pelumba terkemuka Cub Prix terbakar
Hakim persekutuan kekang tindakan ICE terhadap penunjuk perasaan aman di Minnesota
Tentera syria isytihar barat Euphrates sebagai 'zon ketenteraan tertutup' susulan serangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Sabah: Keadaan beransur pulih, 707 mangsa masih berada di PPS

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
13/05/2022
03:03 MYT
Banjir Sabah: Keadaan beransur pulih, 707 mangsa masih berada di PPS
Keadaan banjir di Sabah menunjukkan trend penurunan apabila jumlah mangsa terjejas akibat bencana alam itu turun kepada 707 mangsa setakat pukul 8 pagi Jumaat. - Foto ihsan APM Sabah.
KOTA KINABALU: Keadaan banjir di Sabah menunjukkan trend penurunan apabila jumlah mangsa terjejas akibat bencana alam itu turun daripada 707 berbanding 1,435 mangsa yang dilaporkan semalam.
Menerusi kemas kini Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Sabah, jumlah itu membabitkan sebanyak 323 keluarga.
Katanya, daerah Tenom menunjukkan penurunan ketara apabila 728 mangsa sudah dibenarkan pulang ke rumah manakala hanya 355 mangsa daripada 228 buah keluarga dilaporkan masih ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS).
"Sementara di Beaufort pula, seramai 352 mangsa daripada 95 keluarga masih terkesan dan ditempatkan di dua PPS iaitu Dewan Selagon dan Dewan DSP Dun Banir," katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.
Dalam pada itu, jumlah PPS yang masih aktif dalam menempatkan mangsa-mangsa banjir juga telah menurun kepada hanya tujuh, selepas enam lagi PPS ditutup.
"Hanya lima PPS di Tenom masih aktif, antaranya ialah Dewan Mini Jinuim Jimin, Rumah Kebudayaan Batu-Batu, Rumah Kebudayaan Pantagon Saga, Dewan Kampung Kalang Kanar dan Dewan Terbuka Kampung Saga.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah, Datuk Mistrine Radin memaklumkan 12 buah sekolah rendah di daerah Beaufort dan Tenom melibatkan 1,975 pelajar masih ditutup ekoran banjir
"Sebanyak sembilan sekolah di Beaufort masih belum dapat beroperasi susulan kawasan sekolah masih dilimpahi air banjir.
"Antaranya ialah SJKC Lian Hwa, SK Lago, SK Bangkalalak, SK Garama, SK Mempagar, SK Suasa, SK Jabang dan SK Pintas.
"Manakala, di Tenom masih terdapat tiga sekolah yang masih terjejas dan pelajarnya sedang menjalani sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), iaitu SK Gumisi, SK Ladang Sapong dan SK Inubai," katanya.
Topic Berkaitan
#banjir sabah
#daerah Beaufort
#mangsa banjir
#sekolah tutup di Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan