awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Sabah: Kota Marudu kekal rekod jumlah mangsa tertinggi, lebih 2,000 orang

Astro Awani
Astro Awani
04/01/2022
06:18 MYT
Banjir Sabah: Kota Marudu kekal rekod jumlah mangsa tertinggi, lebih 2,000 orang
Seorang penduduk mengangkat beg pakaian melalui kayu balak yang dijadikan jambatan sementara selepas jambatan sedia ada terputus akibat banjir di Ladang Ulu, Pamol hari ini. - Bernama
KUALA LUMPUR: Daerah Kota Marudu terus merekodkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 2,653 orang daripada 3,371 orang di seluruh Sabah setakat pukul 2 petang Selasa.
Kemas Kini Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sabah ia diikuti Pitas dengan 307 mangsa daripada 127 keluarga; Telupid (228 orang); Paitan (99 orang); Sandakan (46 orang) dan Beluran 38 orang.
Jelas kenyataan APM Sabah, sebanyak 30 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka melibatkan enam daerah yang terjejas iaitu Kota Marudu, Pitas, Paitan, Sandakan, Beluran dan Telupid.
"Trend semasa dilihat meningkat sedikit berbanding laporan setakat pukul 8 pagi Selasa.
"Pecahan mangsa mengikut jantina pula 1,034 perempuan dewasa; 943 (lelaki dewasa); 737 (kanak-kanak lelaki) dan 657 kanak-kanak perempuan," katanya.
Selain itu, kenyataan APM Sabah yang memetik Jabatan Mineral dan Geosains Sabah memaklumkan terdapat 10 lokasi kejadian tanah runtuh berlaku di negeri itu.
Ia melibatkan daerah Sandakan, Kinabatangan, Pitas, Beluran, Ranau dan Tambunan.
"Kesemua lokasi tanah runtuh ini adalah melibatkan kawasan jalan, perumahan dan pertanian," katanya.
Topic Berkaitan
#banjir sabah
#Kota Marudu catat tertinggi
#mangsa banjir
#hujan lebat
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan