awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Sabah: Lebih 4,000 pelajar terjejas, 24 sekolah ditutup

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
11/05/2022
06:27 MYT
Banjir Sabah: Lebih 4,000 pelajar terjejas, 24 sekolah ditutup
Keadaan banjir di Sekolah Kebangsaan Ladang Sapong, Tenom. - Foto JPN Sabah
KOTA KINABALU: Seramai lebih 4,000 pelajar dilaporkan terjejas susulan banjir yang melanda dua daerah iaitu di Sabah, pada Rabu.
Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah, Datuk Mistrine Radin berkata, ia membabitkan sejumlah daripada 23 sekolah rendah dan satu sekolah menengah di daerah Beaufort dan Tenom.
"Di Beaufort, seramai 3,656 pelajar yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah dilaporkan terjejas.
"Sementara di daerah Tenom, seramai 870 pelajar terjejas susulan banjir yang melanda," katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada Rabu.
Menurutnya, antara sekolah yang terjejas di Beaufort adalah SMK St Paul, SJKC Lian Hwa, SK Lagi, SK Pekan Membakut, SK Bangkalalak dan SK Kabajang antara lain.
"Sementara di Tenom, tujuh sekolah yang terlibat ialah SK Gumisi, SK Ladang Sapong, SJKC Yuk Syn, SK Inubai, SK Sumambu dan SK Mandalom," katanya lagi.
Dalam pada itu, Mistrine berkata, seramai 474 guru daripada kesemua sekolah berkenaan turut dilaporkan terkesan.
Topic Berkaitan
#banjir sabah
#sekolah terjejas banjir
#Beaufort
#Tenom Banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan