awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Sabah: Mangsa di Telupid meningkat, Pitas menurun

Radhi Muslim
Radhi Muslim
31/01/2023
08:58 MYT
Banjir Sabah: Mangsa di Telupid meningkat, Pitas menurun
Bantuan bakul makanan disediakan kepada penduduk Kampung Ansuan dan Kampung Baba, di Telupid yang terperangkap banjir. - Astro AWANI
SANDAKAN: Jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah bertambah daripada lapan buah kepada 13 setakat jam 4 petang, Selasa.
Jurucakap Jawatan Kuasa Pengurusan Bencana Sabah berkata, penambahan itu didorong peningkatan jumlah mangsa banjir di Telupid, daerah yang terjejas teruk akibat banjir.
Menurutnya, bagi daerah Telupid sahaja sebanyak lapan PPS diaktifkan berbanding hanya sebuah semalam.
"Jumlah mangsa di Telupid turut melonjak kepada 400 orang berbanding 95 orang semalam.
"Manakala di Paitan masih kekal 111 orang dengan tiga PPS dan di Lahad Datu 43 orang masih ditempatkan di sebuah PPS.
Keadaan jambatan gantung menyeberang ke Kampung Ansuan, Telupid. - Foto Astro AWANI
Keadaan jambatan gantung menyeberang ke Kampung Ansuan, Telupid. - Foto Astro AWANI
"Bagaimanapun, di Pitas berlaku penurunan jumlah mangsa kepada 184 daripada 1152 orang," katanya dalam satu kenyataan media, pada Selasa.
Secara keseluruhan jumlah mangsa banjir menurun kepada 738 orang berbanding 1,376 malam tadi.
Keadaan banjir di Sabah mula pulih pada pagi Sabtu, bagaimanapun hujan lebat berterusan menyebabkan air naik semula dan menjejaskan kembali keadaandi beberapa daerah di pantai timur Sabah.
Topic Berkaitan
#banjir
#PPS
#Telupid
#pitas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan