awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Firefox bakal hadir dengan ciri mematikan fungsi AI
Banjir: Sumatera Barat tamatkan status darurat, fokus fasa pemulihan pasca bencana
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Sabah: PPS di Penampang dan Putatan ditutup, Kota Belud pula dibuka

Syah Hairizal Kamalul Arifin
Syah Hairizal Kamalul Arifin
19/01/2021
06:50 MYT
Banjir Sabah: PPS di Penampang dan Putatan ditutup, Kota Belud pula dibuka
Proses pemindahan masih dijalankan melibatkan beberapa lokasi di daerah Beaufort, setakat tengah hari Selasa. - Foto Astro AWANI
BEAUFORT:Dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Penampang dan Putatan ditutup selepas banjir dilaporkan surut sepenuhnya di dua daerah berkenaan, pada Selasa.
Manakala sebuah lagi PPS dibuka di Kota Belud akibat paras air banjir yang tinggi di beberapa buah kampung, setakat ini.
Menurut laporan harian bencana banjir Sabah oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah sehingga 12 tengah hari tadi, terdapat lapan daerah masih terjejas banjir dengan 15 buat PPS masih dibuka yang menempatkan seramai 860 mangsa.
"Daripada jumlah mangsa tersebut, daerah Kota Belud merekodkan pemindahan mangsa tertinggi melibatkan 347 mangsa di PPS dan 38 buah kampung terjejas banjir.
"Ini diikuti Beaufort iaitu seramai 134 mangsa di PPS dengan 29 buah kampung terjejas banjir.
"Daerah Tuaran merekodkan jumlah kampung tertinggi dengan 44 buah kampung terjejas dengan bilangan mangsa di PPS seramai 106 mangsa," katanya.
Setakat ini, sebanyak 211 kampung dari lapan buah daerah masih terjejas banjir.
Topic Berkaitan
#banjir sabah
#Beaufort
#Kota Belud
#PPS
#Penampang
#Putatan
#Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
#APM Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan