KUCHING:Situasi banjir di Sarawak dilihat memburuk selepas 1,826 mangsa dari 507 keluarga ditempatkan di 33 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negeri setakat jam 1 petang, Khamis.
Kesemua PPS itu terletak di empat bahagian utama yang mengalami kejadian banjir kritikal iaitu di Miri, Serian, Samarahan dan Kuching.
Laporan terkini daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarawak, PPS tersebut masing-masing 12 di Kuching, Bau (11), Serian (6) dan dua masing-masing di Miri dan Samarahan.
Angka mangsa banjir tertinggi dicatatkan di daerah Kuching, dengan 1,176 mangsa daripada 318 keluarga dan melibatkan lebih 12 buah kampung.
BACA: Banjir Sarawak: Dua PPS dinaiki air, hampir 200 mangsa dipindahkan
Operasi pemindahan dan menyelamat mangsa turut dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), sekali gus memastikan PPS dan khemah yang digunakan selamat serta mematuhi SOP COVID-19.
Terdahulu hujan lebat luar biasa melanda seluruh negeri itu dalam tempoh 48 jam mengakibatkan beberapa kawasan rendah dinaiki air terutama kawasan berhampiran tebingan sungai.
Antara PPS yang menempatkan jumlah mangsa tertinggi ialah di PPS Dewan Serbaguna Masyarakat Malihah, Dewan Serbaguna Desa Wira, dan Sekolah Kebangsaan Tanah Merah, Serian.
Dalam perkembangan lain, APM sentiasa bersiap siaga memantau kawasan berisiko bencana yang lain.
Fadilah Sulaiman
Thu Jan 14 2021

Antara PPS yang menempatkan jumlah mangsa tertinggi ialah di PPS Dewan Serbaguna Masyarakat Malihah, Dewan Serbaguna Desa Wira, dan Sekolah Kebangsaan Tanah Merah, Serian. FOTO: Astro AWANI

Angkat sumpah Biden | Cabaran besar memulihkan negara
Joe Biden bakal berdepan pelbagai cabaran besar selepas dirasmikan sebagai Presiden Amerika Syarikat Ke-46 pada 20 Januari ini. Selain menangani pandemik COVID-19 yang membunuh 4 ribu penduduk setiap hari, biden juga perlu menyatukan semula rakyat negara itu, terutama selepas serangan di bangunan capitol pada 6 Januari lalu.

FMM minta kerajaan perluaskan Akta COVID-19 untuk sektor perdagangan dan logistik
Ia bertujuan bagi memulihkan sektor perdagangan dan logistik yang merosot akibat pandemik COVID-19.

PKP | Polis tiada kuasa batalkan kompaun
Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak mempunyai kuasa untuk membatalkan atau mengurangkan kompaun yang dikeluarkan terhadap mereka yang melanggar Perintah Kawalan Keselamatan (PKP), kata Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalatrash Wahid.

10 Berita Pilihan - (18 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Polis, JKNS siasat kes minum arak di pusat kuarantin - Masidi
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) memandang serius isu video tular individu meminum minuman keras di sebuah pusat kuarantin.

COVID-19: Tidak sampai seminggu, China siapkan pusat kuarantin dengan 4,160 bilik
Mengikut perancangan asal, pusat kuarantin yang meliputi kawasan seluas 34 hektar itu hanya akan menempatkan 3,000 buah bilik.

Amaran cuaca buruk di pedalaman dan pantai barat Sabah serta Labuan
MetMalaysia mengeluarkan amaran cuaca buruk dengan hujan lebat dijangka berterusan di pedalaman dan Pantai Barat di Sabah serta Labuan sehingga esok.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Persekolahan secara bersemuka Tabika Kemas ditangguh
Sesi persekolahan Tabika Kemas secara bersemuka di seluruh negara yang sepatutnya bermula pada 20 Jan ini ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Banjir Sarawak: Hanya Bahagian Serian masih terjejas
Banjir di Sarawak menunjukkan penurunan apabila hanya lima pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di Bahagian Serian.

Mangsa banjir di Sabah terus meningkat, Johor pulih sepenuhnya
Sabah terus mencatatkan peningkatan jumlah mangsa banjir, sementara Pahang dan Sarawak semakin pulih dengan bilangan mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) berkurangan.

Banjir Sarawak: Jumlah mangsa menurun, Serian kekal 10 PPS
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak menurun setakat 8 pagi ini.

Kualiti air tidak terjejas akibat banjir - Dr Rahman Junaidi
Setakat ini tiada laporan berkaitan pencemaran bekalan air di Sarawak meskipun negeri itu berdepan dengan situasi banjir.

Banjir di semua negeri terjejas semakin pulih
Situasi bencana banjir yang melanda Sabah dan Sarawak awal minggu ini dilaporkan semakin pulih dengan jumlah mangsa yang semakin berkurangan di kedua-dua negeri itu hari ini.

Banjir Sarawak: Dua beradik OKU mengengsot capai kerusi roda selamatkan diri
Dua beradik golongan orang kelainan upaya (OKU) terpaksa mengengsotkan punggung mencapai kerusi roda untuk menyelamatkan diri selepas rumah mereka dinaiki air di Taman Malihah, Kuching kelamrin.

Banjir di Sarawak semakin memburuk, lebih 3,500 mangsa dipindahkan
Fenomena air pasang besar yang mencecah sehingga 6.1 meter bermula jam 6.19 petang tadi menyebabkan banyak kawasan di daerah Kuching, Bau, Samarahan dan Serian terus dinaiki air.

Banjir Sarawak: Lebih 1,800 mangsa dipindahkan setakat 1 petang
Situasi banjir di Sarawak berada di tahap membimbangkan selepas 1,826 mangsa dari 507 keluarga ditempatkan di 33 PPS di seluruh negeri setakat jam 12:00 tengah hari Khamis.

Siniawan mungkin kawasan pertama dilanda banjir di selatan Sarawak - Lee Kim Shin
Siniawan, sebuah kawasan penempatan pinggir bandar kira-kira 26km dari sini, berkemungkinan menjadi kawasan pertama di Bahagian Kuching yang dilanda banjir berikutan keadaan hujan berterusan.

1,399 mangsa banjir di Sarawak terima wang ihsan RM500
Seramai 1,399 keluarga yang terkesan dengan bencana banjir di Sarawak awal tahun ini terima sumbangan wang ihsan daripada kerajaan berjumlah RM500.