awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Sarawak: Dua PPS dinaiki air, hampir 200 mangsa dipindahkan

Afiezul Samit
Afiezul Samit
14/01/2021
01:03 MYT
Banjir Sarawak: Dua PPS dinaiki air, hampir 200 mangsa dipindahkan
Hari kedua banjir di Sarawak menyaksikan dua pusat pemindahan sementara (PPS) banjir dialihkan awal pagi tadi ekoran dinaiki air. -Astro AWANI
KUCHING:Hari kedua banjir di Sarawak menyaksikan dua pusat pemindahan sementara (PPS) banjir dialihkan awal pagi tadi ekoran dinaiki air.
Pusat pemindahan terlibat ialah PPS Desa Wira dan PPS Malihah di Kuching membabitkan hampir 200 mangsa.
Mangsa terjejas dipindahkan ke PPS lain yang terletak berhampiran.
Menurut penjaga PPS Stapok, Lina Jomek, seramai 25 orang dari tiga keluarga telah dipindahkan dari Balai Raya Desa Wira ke PPS Stapok.
"Pada 14 Januari 2021, setakat jam empat pagi, seramai 160 mangsa dengan tambahan 25 orang dari tiga keluarga yang berpindah dari Balai Raya Desa Wira yang sudah ditenggelami air," katanya.
Namun begitu, menurutnya PPS Stapok kini sudah penuh manakala baki mangsa terpaksa ditempatkan di luar khemah.
"Sejumlah 33 buah khemah telah dipasang tetapi tidak mencukupi untuk menampung lebih ramai penduduk yang terkesan.
"Memandangkan SOP yang perlu kita patuhi, maka kami tidak dapat menerima banyak mangsa kerana tempat terhad.
Banjir Sarawak | penduduk cemas, PPS dinaiki air
"Kami akur dengan SOP yang ditetapkan pihak berkuasa membuatkan sukar untuk kerajaan menambah aset bantuan," ujarnya.
Jelasnya, banjir tahun ini merupakan yang terburuk pernah dialami penduduk Desa Wira dalam tempoh lima tahun.
Setakat jam 8 pagi tadi, jumlah mangsa banjir di seluruh Sarawak mencecah 1,473 mangsa dengan penambahan tiga PPS menjadikan jumlah keseluruhan 21 PPS yang aktif.
Daerah yang terjejas termasuklah Kuching, Samarahan, Serian, Simunjan dan Miri.
Topic Berkaitan
#pusat pemindahan
#PPS dilanda banjir
#PPS Desa Wira
#PPS Malihah
#dinaiki air
#Lina Jomek
#PPS Stapok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan